Barisan AJK PAS Kelana Jaya Letak Jawatan Sertai GHB

pas-kelana-jaya-bungkus

Seramai 18 orang Anggota Jawatan Kuasa (AJK) PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan mulai Ahad bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Termasuk yang berbuat demikian ialah Timbalan Yang Dipertua Omar Ahmad, Naib Yang Dipertua Muzammil Hafiz dan tujuh orang Ketua Cawangan.

Izham berkata jumlah tersebut melibatkan lebih dua pertiga daripada keseluruhan AJK PAS Kelana Jaya dan mereka menyerahkan kepada pimpinan PAS Pusat untuk mengambil alih pentadbiran seterusnya di kawasan berkenaan.

"Peletakan jawatan ini secara keseluruhan melibatkan 87 pimpinan di pelbagai peringkat di kawasan Kelana Jaya dan ia bertepatan dengan masa dan waktu untuk kami menjayakan dan bersama dalam mendokong cita-cita murni melalui usaha politik Islam yang lebih kami yakini yang bersifat inklusif, progresif dan sejagat yang merentasi kaum, agama dan budaya," katanya dalam sidang akhbar di sini, Ahad.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Roslan Abu Bakar dalam sidang akhbar yang sama berkata beliau turut meletak jawatan bersama tiga AJK Dewan Muslimat.

Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga telah meletak jawatan.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Puak celaka haramjadah....
    Golongan penjilat puki mcm matsabun..
    Situa2 di atas babi2 peliharaan dapigs dan matsabun haramjadah...
    Dasar penjilat puki babi

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.