Nurul Izzah Sudah 'Goyang'

nurul-izzah-justo

Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo Andre, menunjukkan terdapat 'usaha-usaha secara terperinci' untuk menggulingkan kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Justo dalam pengakuan bertulisnya.

Katanya lagi, PDRM telah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Thailand bagi melakukan tindakan-tindakan selanjutnya terutama dalam membuka kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan.

Ahmad Zahid berkata semua dokumen yang menjadi sumber berita yang disiarkan dalam akhbar (The New Straits Times) adalah dokumen yang diperoleh daripada pihak berkuasa Thailand di mana butir dan bahan dicatatkan dalam pengakuan bertulis Justo.

The New Straits Times hari ini melaporkan bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri Justo pada tahun 2011.

Justo dilaporkan mahu bayaran tunai berjumlah US$2 juta bagi dokumen berkenaan mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

Namun, tawaran Nurul Izzah ditolak kerana mahu membayar dalam bentuk kontrak kerajaan sebaik pembangkang mengambil alih kuasa.

Dalam sidang media berasingan, anak perempuan kepada banduan jenayah liwat yang juga wakil rakyat Parlimen Lembah Pantai telah memberi arahan kepada peguamnya untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap The News Straits Times (NST) dan Berita Harian (BH).

Dalam satu kenyataan hari ini, Nurul Izzah turut menafikan menawarkan AS$2 juta dalam bentuk kontrak kerajaan kepada Justo jika pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan.
Share on Google Plus

About Unknown

3 comments:

  1. ORANG TUA -TUA KATA " SIAPA NAK NGAKU BERAK TEGAH JALAN OOI" KERANA ITU SOAL MARUAH. SAMA SEPERTI BAPAK DIA DLM KES LIWAT, MAU NYA DIA NAK NGAKU. NI ANAKNYA PULAK. BAPAK BOREK ANAK MESTI RINTIK PUNYALAH.

    BalasPadam
  2. Belum memerintah dah boleh buat tawaran bagi kontrek. Inikah pemimpin negara yang kita mau. Agaknya berapa banyak kontrek atas angin yg dia dah bagi.

    BalasPadam
  3. Kontrek dalam kain je belum lagi..kikiki

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.