Pusat Arah Pas Selangor Kekal Bersama PR

Iskandar-Abd-Samad

Biarpun dihina, dikutuk siang dan malam oleh rakan sekutu dalam pakatan, Pas Selangor hari ini mengambil pendirian tetap akan bekerjasama dengan Dap dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, Pas Pusat telah mengeluarkan arahan supaya Pas Selangor meneruskan hubungan dalam kerajaan negeri.

Sambil menjelaskan bahawa hubungan politik antara Pas dan DAP sudah putus, namun kerjasama yang melibatkan semua peringkat termasuk  Exco, Adun, ahli majlis dan ketua kampung semuanya masih berjalan seperti biasa.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, PKR tetap akan meneruskan kerjasama dengan Pas.

Menurutnya, apa disuarakannya itu bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti seperti diputuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa DAP tidak akan berbuat baik dengan Pas buat masa ini.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.