Perhimpunan 'Baju Merah' Dapat Kebenaran DBKL

himpunan-baju-merah

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz dalam satu kenyataanya kepada media berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 16 September ini.

Menurut Datuk Mohd Amin, pertubuhan itu telah membuat permohonan untuk menggunakan Padang Merbok bagi mengadakan Himpunan Rakyat Bersatu. Jelas beliau lagi, DBKL hanya membenarkan pertubuhan tersebut berhimpun di Padang Merbok sahaja.

Beliau turut memberitahu bahawa penganjur Bersih 4.0 sebelum ini telah ditawarkan lokasi yang sama bagi perhimpunan pada akhir Ogos lalu.

Pada Sabtu lalu, hanya satu perhimpunan yang disahkan akan diadakan pada 16 September ini, anjuran Pesaka.

Bagaimanapun, mereka yang menyertai perhimpunan ini bebas untuk memakai sebarang warna baju tanpa terhad kepada merah atau hitam, warna yang dipakai oleh anggota Pesaka.

Penganjur kepada perhimpunan 'baju merah' telah bersetuju untuk mengikuti Pesaka yang mengetuai perhimpunan di Padang Merbok.

Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mahu perhimpunan tersebut diadakan secara aman sebagai solidariti rakyat Malaysia dalam mempertahankan perpaduan, pemimpin negara dan prinsip Rukun Negara.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.