Mahathir Gesa Batalkan Perhimpunan 'Baju Merah' 16 September

mahathir-bersih4

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengarahkan penganjur dan perserta perhimpunan 'baju merah' yang akan diadakan pada 16 September ini di Padang Merbok supaya membatalkan niat mereka.

Kata bapa kepada Meteri Besar Kedah itu lagi, perhimpunan yang akan diadakan itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan bukanya berjuang untuk orang Melayu tetapi lebih kepada handak menyelamatkan individu tertentu.

Dr Mahathir berkata, pihak penganjur memberi gambaran bahawa perhimpunan Bersih baru-baru ini sebagai bersifat perkauman untuk mewajarkan perhimpunan mereka.

"Mereka mengadakan perhimpunan tersebut kerana mereka kata perhimpunan Bersih bersifat perkauman. Tetapi perhimpunan Bersih tidak bersifat perkauman kerana setiap bangsa berhimpun di sana bersama-sama.

"Oleh itu, mereka menyifatkan Bersih bersifat perkauman untuk menunjukkan mereka memperjuangkan orang Melayu," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Selasa.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Tun ni dah macam pembangkang, x patriotik dan x mengenag budi orang2 yg telah menyokong beliau semasa beliau menjadi PM dan susah senangnya waktu itu. Bapa Najib kutip dia masuk UMNO semula dan Najib antara orang yg menyokong beliau. kini dia tergamak memfitnah Najib pulak. What kind of person is this?

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.