Muhyiddin Tidak Mahu Himpunan 'Baju Merah' Cemari Sambutan Hari Malaysia

muhyiddin-himpunan-baju-merah

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang digugurkan baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataanya yang dimuat naik di laman sosial tidak mahu sambutan Hari Malaysia yang sepatutnya diraikan dengan aktiviti berteraskan perpaduan dicemari oleh unsur-unsur perkauman.

Muhyiddin yang masih lagi Timbalan Presiden Umno pada Selasa menyifatkan, perhimpunan 'Baju Merah' 16 September secara umumnya dilihat negatif oleh orang awam, walaupun pihak penganjur berkata ia adalah untuk memperjuangkan kedaulatan Melayu.

Beliau juga berkata, jika benar bahawa penghormatan Melayu yang disokong, ia perlu dilakukan melalui saluran yang sesuai.

"Nasihat saya adalah dengan menggunakan saluran yang betul seperti Umno, yang menerajui kerajaan, dan bukan melalui kaedah yang membangkitkan sentimen perkauman," katanya.

Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia telah berjaya mengatasi banyak halangan dengan bersatu.

Beliau berkata orang ramai juga mahu pemimpin yang mempunyai integriti dan kejujuran.

"Mereka mahu negara ini yang berjalan dengan baik, dengan tadbir urus yang baik kunci kepada kejayaan Malaysia,"katanya.

Tambah Muhyiddin, salah guna kuasa dan rasuah akan menghakis kepercayaan orang ramai, komuniti perniagaan dan pelabur.

Beliau juga mengingatkan pemimpin-pemimpin mengenai kehendak dan kebimbangan rakyat seperti pembangunan lebih holistik, peluang untuk memiliki rumah sendiri, kos  sara hidup yang berpatutan, pendidikan dan perkhidmatan awam yang cekap.

Bagi pembangunan di Malaysia, beliau berkata ia mesti menyeluruh  termasuk Sabah dan Sarawak.

"Menguruskan negara dengan baik adalah tanggungjawab besar bagi Kerajaan.

"Orang ramai pula mempunyai tanggungjawab untuk tetap setia kepada negara ini, dan sentiasa mengekalkan keharmonian kaum dan agama," kata Muhyiddin.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Aku x brapa setuju statement tuh .....

    Tgk hindraf ...bersih ...depa ...walaupun diberi peluang guna saluran yg betul....Masih juga buat demo ....

    BalasPadam
  2. Lama kelamaan Muhyiddin akan jadi tak relevan kepada ahli umno dan orang Melayu kerana sikap ingin menjaga hati orang lain.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.