Suami Umie Aida Ditahan Polis

Umie-Aida-Khairuddin

Suami kepada primadona terkenal tanah air, Datin Sri Umie Aida dilaporkan telah ditahan polis dalam satu cubaanya untuk meninggalkan negara ini mengikut 'pintu belakang'.

Peguamnya, Matthias Chang mengesahkan Khairuddin dibawa ke balai polis Dang Wangi dari rumahnya.

Sebelum ini, Khairuddin yang membuat dua laporan polis berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal tersebut kepada pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Susulan itu,  Khairuddin berkata beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung skandal syarikat pelaburan kerajaan berkenaan.

khairuddin-mathias

Terdahulu, Khairuddin mendakwa dilarang berlepas ke New York dan London, selain turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut disekat ke luar negara ialah peguamnya, Matthias Chang.

Khairuddin turut membuat laporan polis mengenai 1MDB di Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong.

Beliau dipecat daripada jawatannya pada Februari susulan laporan terhadap 1MDB.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Yg aku baca dari media, dia x dipecat kerana 1MDB tetapi jawatannya tergugur kerana muflis sebab x bayar hutang bank.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.