KUALA LUMPUR: Senator Datuk S. Nallakarupan
membuat laporan polis mendakwa ada pihak cuba mengganggu dan menghalang
beliau daripada bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Kajang.
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh
penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3petang.
Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis
menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa bertujuan menghalang hasrat
beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas.
PRK itu diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang LeeChin Cheh meletak jawatan pada 27 Jan lepas.
Selain Nallakarupan, yang juga Anggota Dewan Negara, Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding
bagi merebut kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini.
Nallakarupan pernah mendakwa pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadipemimpin atas alasan masalah moral.-BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.