Nik Aziz Istihar Seluruh Ahli Umno, Orang Melayu Islam Yang Tidak Sokong PAS Murtad


KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ahad melabelkan Umno sebagai parti murtad kerana mendakwa parti itu menolak Islam daripada dasar perjuangannya.

Menurutnya bukan sahaja Umno, malah mana-mana pihak yang memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

"Timbul masalah murtad, katanya sebab paderi Kristian, tapi saya kata tidak (kerana) orang Melayu murtad kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam.

"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam. Macam lekehkan benda salah...macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?

"Murtad ini bukan (hasutan) daripada paderi Kristian, tapi daripada orang Melayu sendiri yang tolak Islam, (maknanya) yang tolak Islam dia murtad. Agama apa Umno pakai? bila umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka (adakah) Umno sama ada Kristian, Buddha atau tak ada agama?" katanya kepada pemberita pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.

Diminta penjelasan sama ada beliau menjatuhkan hukum murtad kepada Umno selepas mendakwa parti itu memperlekehkan Islam, Nik Abdul Aziz berkata: "Tak kira siapa pun...tak kira kalau tok guru (agama) sekalipun, kalau murtad...murtad lah.

"Usahkan Umno, tok guru berserban atau berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara hati (niat bahawa) Islam tak guna... (maka) dia murtad walaupun tak ada mufti beritahu. Kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna...dia murad."

Ditanya pada pandangannya adakah Umno telah memperlekehkan Islam sehingga layak dilabel sebagai murtad, Menteri Besar Kelantan itu berkata: "Tak lekeh apa dia buang Islam."

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah menimbulkan kontroversi apabila menuduh Umno dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

Sumber: Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

14 comments:

  1. Balasan
    1. Sabar bro.. dia bukan lahir di situ...jgn hina tempat suci tu..tak baik

      Padam
    2. Memang sah sengaja diada-adakan isu untuk berhujah/berpolitik berkaitan Isu murtad yang di mulai oleh N.Izzah sekarang dah mula menyelah.Inilah berpolitik.akan bermain dipersada dalam beberapa waktu pula ikut skrip, jika ada yang terperangkap.....

      Padam
  2. skrg nie sapa yg mrtad?
    knp pas tak bantah kenyataan n.izzah?
    knp pas tak bantah pularlisme anuar?
    knp tak bantah karpal yg ttg hudud islam?
    knp?

    nmpk sgt pas la yg murtad bertopeng kan agama kerana nafsu setan....

    BalasPadam
  3. Kalau nak suruh gua masuk syorga kena pangkah PAS, minta maaf ler. Kalau nak suruh gua masuk Islam semula kena masuk PAS, minta maaf ler. Kalau tak nak murtad, kena masuk PAS, minta maaf ler. Gua mahu tanya. Lu sape boleh cakap ini macam.

    BalasPadam
  4. Sepatutnya semakin tua semakin berisi...ni semakin tua semakin gila babi?. Kat mana yang dia kata UMNO tolak islam? Siapa yg tolak islam sebenarnya?..musykil aku...

    Kalau UMNO tolak islam, camner masjid2, surau2, sekolah2 agama dan macam2 lagi boleh ada di Malaysia?. Ada ker rakyat Malaysia yg bersembahyang ditangkap dan dihumban ke penjara? atau digantung sampai mati?. Ada ker kerajaan UMNO/BN menghalang syiar islam berkembang di Malaysia?. Ada ker Kerajaan Malaysia menghalang para2 Tabliq dari memasukki negara utk mengembangkan syiar islam?. Yang herannya kenapa Kerajaan UMNO merayu kepada kerajaan Arab Saudi utk menambah quota Haji utk rakyatnya?. Kenapa kerajaan UMNO menanggung rakyat yg kurang kemampuan mengerjakan haji?...ishhh...ishhh...ishhhh musykilnya aku.....

    Ni kalau PAS memperjuangkan ISLAM...berapa banyak Masjid2 yg didirikan?..Apa perlaksanaan islam yang telah dilakukan dinegeri bawah kepimpinan mereka?...ahhhhh pelik ahhhh.

    Nik Aziz ni sebenarnya nyanyuk dah ker...atau gila dah ker...kurang siuman ker?..atau sebenarnya seorang tua yg emo?.Payah ler kalau kita berpemimpin yg merasakan dirinya sentiasa betul, langsung tidak mampu utk menerima kesilapan apatah lagi utk mengaku kesalahan?.

    Aku sesekali tidak akan mengikut pemimpin2 yg langsung tidak mampu utk mengakui kesilapan dan kesalahan?...pemimpin2 inilah sebenarnya DIKTATOR...IBLIS...SYAITONNNNN...

    BalasPadam
  5. Bila Firaun ni nak mapuh,hah?

    BalasPadam
  6. Aku dah tengak dah video puak PAS ni selepas solat hajat. Aku rasa memang Allah dah makbul kan doa puak PAS ni sebab dia berdoa mohon dipermudahkan perjalanan ke Putrajaya. Setakat yang aku tengok, memang mudah nak pergi ke Putrajaya sekarang ni.

    Boleh ikut Highway Uara Selatan, dari Serdang pun boleh, dari Dengkel/Cyberjaya pun boleh. Memang Allah dah mempermudahkan perjalanan ke Putrajaya.

    Mudah-mudahan dengan doa puak2 PAS ni, kelak Allah akan makin mempermudahkan perjalanan ke Putrajaya misalnya ada LRT, Bullet train, khidmat helikopter, hovercraft dan sebagainya.

    Ustaz aku kata dulu, kalau kita berdoa minta tu biar jelas. Kalau minta A maka dapatnya A. Kalau minta B maka dapatnya pun B.

    Kah...kah..kah...

    BalasPadam
  7. hancurlah org2 yg menggelar umno tu murtad...

    BalasPadam
  8. Kenapa Nik Aziz tiba-tiba mengamuk sakan dengan menghamburkan senjata-senjata beratnya ke arah Umno ?? Apakah Najib atau Muhyidin ada melepaskan kata-kata berbisa seperti mempertikaikan keislaman PAS atau kesongsangan akidah Nik Aziz sekeluarga dalam sehari dua ini??

    Jawapannya tentulah tidak ! Kalau begitu kenapa Nik Aziz tiba-tiba menggila ??

    Sebagai pemimpin veteran dalam parti politik, Nik Aziz dengan mudah dapat membaca kilat dalam kilau. Umpama sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya.

    Muktamar PAS yang baru berlalu sepatutnya menjadi medan membakar semangat ahli-ahli parti dalam membuat persiapan terakhir menjelang PRU13. Segenap jentera dan jemaah PAS sepatutnya melangkah sederap dalam satu barisan mengganyang semua musuh politik mereka terutamanya Umno.

    Malangnya perkara sebaliknya yang telah berlaku semasa muktamar. Sebahagian besar perwakilan bertindak menghentam tidak-tanduk pemimpin mereka sendiri. Harakah teruk dibelasah. Ramai perwakilan yang hilang keyakinan kepada akhbar rasmi parti mereka sendiri sehingga mengusulkan supaya sidang pengarangnya dirombak.

    Penolakan perwakilan muktamar terhadap Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pasti memberikan pukulan dahsyat ke atas kerjasama parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

    Pilihan terbaik bagi Nik Aziz untuk mengembalikan fokus ahli-ahli PAS terhadap kemenangan dalam pilihanraya nanti ialah dengan menyerang Umno habis-habisan. Sesungguhnya inilah caranya yang kerap dilakukan Nik Aziz apabila setiap kali partinya dalam keadaan terdesak dan tersepit.

    BalasPadam
  9. Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?

    KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

    Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

    Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

    "Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

    Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

    Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

    "Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

    "Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

    "(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

    Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

    Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

    Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

    "Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

    "Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

    BalasPadam
  10. Nurul kata Melayu boleh Murtad...Niki Ajiz permudahkan...

    BalasPadam
  11. teman rasa dua ekor tupai ni mmg x panjang umur kalu lalu depan teman. cakap sesedap rasa je pastu buat tarik diri. katakanlah teman ni bukan orang politik tapi cukup sayang pada umat islam dan agama yang dianutinya serta tuhan yang menciptanya dan rasul yang membawa risalah dan mejadi perantara. demi kelangsungan islam bermazhab shafie maka aku turunkan decree supaya 2 ekor tupai itu ditampar sampai bodoh dan tak tahu lagi tempat nak berak atau kencing. kalau dah kena penampau tapi boleh naik basikal (kononnya zuhud,...piirah) nampak je terus terajang ke dalam sawah padi. kita sebenarnya sayang dan hormat org tua, tp kalu org tua gila doakan kita perkara negatif, budak dlm buaian pun sanggup kecing kat muka. satu lagi makhluk yg patut ditamatkan riwayat adalah si penjubur dan si pemburit tegar tu...insyaAllah Malaysia akan aman damai dan semua dapat pakai 4 kereta dalam 4 tahun mcm zuraidah mak lampir tu...pyuiiiihhh.

    BalasPadam
  12. jgn mudah menghukumkan orang lain..........

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.