Kim Kardashian Dinobat Sebagai Permaisuri Instagram Yang Baru

Kim-Kardashian-Instagram
Model separuh telanjang Hollywood, Kim Kardashian hari ini telah mencipta rekod baru di Instagram apabila seleberiti berusia 34 tahun itu berjaya mengumpul lebih 44 juta orang pengikut di laman perkongsian foto tersebut.

Pertambahan mendadak jumlah pengikut di laman Instagram miliknya itu sekaligus mengenepikan Beyonce yang sebelum ini dinobat sebagai 'Permaisuri' Instagram dengan jumlah pengikut seramai 43,935,648 orang.

Hanya dua minggu yang lalu, jumlah pengikut setia Kim di Instagram berjumlah 42 juta orang. Ini bermakna dalam tempoh dua minggu sahaja, Kim berjaya menarik pengikut baru sebanyak dua juta orang.

Jika Kim Kardashian adalah sebuah negara, dia kini adalah yang ke-32 paling padat di dunia - hanya di belakang Ukraine yang mempunyai populasi sebanyak 44,291,413 orang.

Hanya Instagram sendiri sahaja kini yang berada di hadapan Kim dan Beyonce dengan jumlah pengikut keseluruhannya berjumlah 94.3 juta orang.

Tapi jika jumlah pengikut Kim terus meningkat pada kadar yang ada sekarang, lambat laun jumlah pengikutnya akan mengatasi jumlah keseluruhan pengikut laman Instagram itu sendiri.

Bayangkan, pada bulan Februari, jumlah pengikutnya telah mencecah 27 juta orang, bermakna dalam tempoh tujuh bulan sahaja dia berjaya menarik minat 17 juta pengikut baru.

Ini juga bermakna, sejak 26 Februari lalu, jumlah pengikut baru Kim bertambah seorang setiap satu saat.

Salah satu sebab mengapa jumlah pengikutnya meningkat dengan mendadak adalah kerana foto-foto seksi Kim yang dimuatnaikkan yang menampakkan sebahagian besar payu daranya.

Kini bukan Kim sahaja yang menjadi permaisuri Instagram malah tiga orang adik perempuannya iaitu Khloe, Kylie dan Kendall turut tersenarai dalam 10 pengikut Instagram paling ramai di dunia.

Berada di kedudukan ketiga ialah penyanyi kegilaan remaja masa kini, Taylor Swift dengan jumlah pengikut Instagram berjumlah  43,533,226 orang.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.