Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 Ogos nanti dijangka akan berkahir dengan pertempuran antara puak Baju Kuning dengan Baju Merah seperti yang pernah berlaku di Thailand tidak lama dulu.
Penganjur Himpunan Menolak Bersih 4.0, Datuk Jamal Yunus berkata, himpunan hujung bulan ini bakal diadakan bagi membantah penganjuran Bersih 4.0 yang diadakan pada hari yang sama.
Menurut beliau, kesemua perserta yang terlibat akan berhimpun beramai-ramai di hadapan Plaza Low Yat dan akan bergerak menuju ke Dataran Merdeka pada hari himpunan Bersih 4.0 diadakan.
Jelas beliau lagi, pihaknya akan berhimpun sewal pagi pada hari tersebut dan akan bergerak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu. Dijangkakan seramai 30,000 peserta dari seluruh negara dijangka hadir bagi menunjukkan solidariti dalam menolak himpunan Bersih 4.0.
Bercakap kepada pemberita ketika mengadakan himpunan Menolak Bersih 4.0 di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo, di sini, hari ini, himpunan besar-besaran itu hanya akan dibatalkan sekiranya penganjur himpunan Bersih 4.0 membatalkan penganjuran himpunan.
Ratusan individu memakai baju T berwarna merah membanjiri pekarangan Sogo bagi membantah dan menolak himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada hujung bulan ini.
Kesemua mereka yang mengenakan baju T bertulisan 'Bersih 4 Keamanan' bertegas menolak penganjuran Bersih 4.0 yang dilihat mampu mewujudkan kekacauan serta menggugat ketenteraman awam.

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.