Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, dalam satu kenyataan medianya berkata, anggota pertubuhan itu tidak dihalang untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 sekiranya mereka mahu.
Jelas beliau, mana-mana anggota ingin hadir ke perhimpunan tersebut yang akan diadakan hujung minggu ini, itu adalah hak masing-masing dan kepimpinan Perkasa tetap kekal dengan pendirian tidak menyebelahi mana-mana pihak (neutral).
"Ia adalah hak individu. Kita tidak menghalang mereka tetapi kita juga tidak menyokongnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur, Rabu.
Ibrahim berkata, Perkasa teragak-agak untuk menyatakan sokongannya terhadap Bersih kerana dikhuatiri perhimpunan itu boleh mengancam keselamatan negara.
"Kita hormati hak orang ramai untuk menyertai perhimpunan itu tetapi kita juga bimbang terhadap keselamatan negara," katanya.

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.