Pas Lebih Kukuh Jika Semua Musuh Dalam Selimut Keluar Dari Persembunyian

Mahfodz-Mohamed-Pas-Johor

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dalam satu kenyataanya, amat mengalu-alukan perletakan jawatan beramai-ramai pimpinan dari parti Islam itu dan menyokong tindakan mereka menyertai parti baru atau lebih di kenali Gerakan Harapan Baru (GHB).

Beliau berkata, perjalanan Pas negeri itu terganggu sejak Mei lalu apabila sebahagian ahli berjawatan tidak lagi menjalankan aktiviti parti sebaliknya berkempen untuk parti GHB yang bakal ditubuh tidak lama lagi

Dr Mahfodz menjelaskan bahawa seluruh saf pimpinan Pas Johor memang mengharap agar mereka meletak jawatan segera kerana banyak masalah dapat diselesaikan. Beliau juga turut menzahirkan rasa gembaira yang tidak terhingga kerana 'parasit' yang bersarang dalam partinya sejak sekian lama hilang satu per satu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang sudah meletakkan jawatan dan kekosongan jawatan akan segera diisi dengan melantik ahli yang lebih komited.

Ujar beliau, perjalanan parti tetap akan diteruskan bagi kawasan yang mempunyai bilangan ahli jawatankuasa mencukupi dan mana yang kosong akan diganti dengan ahli yang lebih komited  dalam meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Sambil menjelaskan perletakan jawatan beramai-ramai ini tidak memberi kesan yang besar kepada Pas, Mahfodz juga yakin partinya akan pulih seperti sediakala dan kedudukan Pas akan lebih baik dan kuat dalam tempoh terdekat apabila kesemua musuh dalam selimut keluar dari tempat persembunyian mereka.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Pas tk perlu risau. Tsunami melayu bakal berlaku di PRU akan datang

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.