Dewan Ulama PAS Tidak Restu Anwar Jadi MB Selangor

dewan-ulama-pas

SHAH ALAM - Tegas dengan pendirian sebelum ini, sayap penting dalam Pas, Dewan Ulama kekal dengan pendirian bahawa tindakan PKR secara sendirian sehingga membawa kepada PRK Dun Kajang sebagai satu kesilapan.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan berkata, tindakan PKR yang membuat keputusan tanpa konsensus tidak patut berulang lagi pada masa hadapan.

Selain itu, mesyuarat bulanan sayap parti itu yang diadakan malam tadi sebulat suara menegaskan bahawa isu Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan dalam PRK Kajang.

"... kemenangan PRK Kajang tidak menjadi jambatan untuk pertukaran MB sedia ada," katanya sambil mengalu-alukan keputusan Lajnah Politik Pas untuk membantu PKR pada pilihan raya kecil nanti.

Mesyuarat yang diadakan malam tadi antara lain turut memutuskan Datuk Nik Zawawi Saleh sebagai pemangku Ahli Jawatankuasa Kerja selaras dengan peruntukan Perlembagaan Pas (Pindaan 2011).

"Dewan Ulama juga merekodkan penghargaan di atas jasa-jasa Allahyarham Tuan Guru Datuk Harun Taib dalam mengemudi kepimpinan Dewan Ulama Pas Pusat dari tahun 1995-2007 dan 2009-2014," katanya dipetik daripada kenyataan itu.

Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Dewan Ulama PAS tak silap kan dah lama jadi tukun campak ke laut untuk ikan ikan bersarang.....ulamak aron din dan the gangs dah lama jadi artifak muzium untuk pameran.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam istilah pendek...Dewan Ulama PAS ni umpama tempat berhimpunya golongan 'Syaitan Bisu'

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.