Perlaksanaan AES Perlu Dikaji Semula Jika Najib Ingin Menang PRU13


Menyokong tapi tidak bermakna perlu sampai menjilat seperti mana penyokong tegar Pakatan Pembangkang terhadap pemimpinya. Setiap dasar yang ingin dilaksana atau telah dilaksanakan tidak kira di peringkat persekutuan atau kerajaan negeri yang mana boleh menyusahkan rakyat perlu ditegur dan diperbaiki segala kelemahanya sebelum ia bertukar menjadi barah yang akan menjahanamkan kerajaan itu sendiri.

Penulis tertarik dengan tulisan blogger RBF di blognya yang mengulas panjang lebar berkenaan saman yang dikenakan terhadap pengguna jalanraya disebabkan oleh perlaksanaan Automated Enforcement System (AES) yang diperkenalkan baru-baru ini.

Terkejut beruk penulis yang bernama 'Anwar' apabila melihat angka-angka yang tercatat sehingga mencecah puluhan ribu saman dikeluarkan dalam masa satu minggu hasil dari perlaksanaan sistem AES. Memang agak tidak munasabah dan tidak masuk akal jika dilihat jumlah saman yang dikenakan kepada pengguna jalanraya.

Memang soal keselamatan di jalanraya tidak boleh dikompromi kerana ia melibatkan nyawa dan juga harta benda, tapi tidak perlu sampai menekan rakyat sedemikian rupa. Sebagai sebuah kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat, sifat timbang rasa itu perlu ada. Sekiranya saban hari jumlah saman semakin meningkat apa maknya perlaksanaan sistem ini? Sudah tentu ia gagal dan tidak memberikan apa-apa kesan dalam mendidik rakyat agar mematuhi  undang-undang serta peraturan jalan raya.

Akan lebih malang lagi apabila isu AES ini akan digunakan pihak Pembangkang sebagai modal pilihan raya mereka. Tak ke haru sekiranya Pembangkang dalam menifesto pilihanrayanya berjanji akan memansuhkan saman yang dikenakan serta membatalkan perlaksanaan sistem AES ini jika menang PRU13 kelak. Dalam hal ini rakyat sudah tentu akan memilih pihak yang boleh meringankan beban mereka. Siapa yang rugi? Sudah tentu BN juga yang rugi akibat dari perlaksanaan dasar yang menekan rakyat ini.

Sepatutnya, semakin tiba musim pilihanraya, pihak kerajaan tidak perlu lah memperkanalkan dasar-dasar baru kurang bijak seperti AES ini yang mana tidak menguntungkan malah makin membebankan rakyat. Rakyat baru handak berseronok-seronok dengan faedah yang mereka bakal dapat dari Belanjawan 2013 yang dibentang baru-baru ini. Apalah ertinya jika segala bantuan yang diterima seperti BR1M dan sebgainya, belum sempat dibelanjakan sudah disalurkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akibat disaman kerana memandu terlebih sedikit dari had laju yang ditetapkan.

Nak menang ke tak?
Share on Google Plus

About Unknown

15 comments:

  1. I'm totally agree. Especially rumors shows that "some company" receive certain percentage from the saman.

    BalasPadam
  2. apa-apa pun perkara paling asas jgn dilupakan iaitu pemandu-pemandu yg disaman tu memandu melebihi had laju yg ditetapkan k..

    berani buat @ bawak laju-laju.. maka beranilah tanggung

    apeez

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..

      Bagaimana pula yang bawa laju ketika hendak memotong kena saman..

      Padam
    2. melebihi had laju x? kalau lebih mmg ler kena, kan.

      Padam
  3. Kalau tak langgar peraturan apa nak takut. Kalau nak tahu begini lah sikap pemandu di Malaysia yang galak langgar lampu merah, bawak melebihi had laju, potong di garisan berkembar, masuk laluan kecemasan, petak kuning, macam2 lagi la.

    Tengok motor dah la, berapa banyak yang langgar lampu merah? Kalau kita ikut undang2, apa nak takut. jangan jadi jumud sangat, jangan pikir politik aje. Manja sangat duk kat Malaysia ni, langgar undang2 jalan raya salahkan orang lain. Dah sampai masa enforce kan AES ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Jebon Tua..

      Belom kena lagi boleh ler...hehehe

      Padam
    2. alhamdulillah.. dekat 18 thn bwk kereta baru sekali kena saman speed trap. kali tu jer la yg buat salah & kantoi

      Padam
    3. Belumkena? kalao kena sbb dah bodoh lah tu sape suruh pegi langgar undang2. So ko nk undang2 tu kasi ko free dr tindakan lah wpun buat salah? Ape yg ko mahu sbrnye??

      Padam
    4. kalau speed limit 110 km/j tak kisah la tapi nie highway 3 lane speed limit 80km/j ada yg smpi 60km/j pun ada cuba hg try bwk 60 km/j dgn lori dok follow rapat. mana ada org nak bawak 60km/j kat highway bkn kawasan sekolah atau perumahan

      Padam
  4. kajian semula ialah apakah had laju paling sesuai untuk satu-satu jalan itu. kadang2 jalan yg lurus dan lebar (ada 2 lorong sehala) had laju 60km/j. mengarut. selain itu kajian juga kena berkisar lokasi dimana kamera aes itu ditempatkan. hasil carian internet, kamera aes juga ditempatkan di kawasan had laju 60km/j. lagi mengarut. ini nk mengajar rakyat tentang peraturan jalanraya atau nak berniaga! dan LAKUKAN KAJIAN MENYELURUH TENTANG HAD LAJU YG SESUAI UNTUK JALANRAYA DI MALAYSIA. KEKALKAN MAKSIMUM 110KM/J (jalan biasa) 120KM/J (lebuhraya) atau tambah had laju. sekadar pandangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..

      Setuju dgn pandangan tuan..bukan sahaja mengarut malah menyusahkan pengguna jalanraya yg lain..

      Padam
    2. ni sejak bila pulak jalan biasa had laju maksimum dia 110km/j ni? lebuhraya 120km/j? patut la asyik kena saman. salah info ni

      Padam
  5. Kenderaan makin banyak, pemandu makin gila dan samseng lepas undang2 nk kena kurang tegas? Weii tolong jgn jd bodohlah rakyat Malaya oii..AES ni dh diguna di serata dunia. Najib jg jgn jadi bodoh dgn ugutan rakyat2 bodoh. Undang2 jgn kasi main2. Jika sistem itu berfungsi ikut spesifikasi maka jangan layan blogger2 bodoh ni asyik buat ugutan

    Kerajaan ada ketika boleh lembut dgn rakyat, tp jgn sampai rakyat naik lemak jd bebal mcm BERSHIT. Dn skrg sistem AES sistem yg paling cntik utk ajar kebebalan majoriti rakyat memandu gila. Tiap2 hari mati mcm katak..anak bini mertua jd mangsa dek pemandu2 bodoh ni wpunn keta mewah. So skrg ni ajar rakyat dgn undang2.

    Kalo Najib ikut juga ugutan rakyat dn bloger bodoh2 ni..tunggulah esok penagih dadah pun akn ugut najib jg..

    Halaju di Malaysia sudah cukup tinggi.. negara kita bukan besar mana..jalan pendek2 keta dh banyak..yg masalah skrg rakyat BODOH dan BEBAL..TK SABAR.. nk pegi satu tempat bertolak lewat..lepas tu pecut mcm sial himpit org lain.. langgar lampu.. so AES WAJIB dilaksanankan.. jgn layan ugutan org2 bodoh.

    BalasPadam
  6. Toksah le buat alasan kajian halaju pulak. Nk laju mana wei? Ini punca zaman Dollah lah.. Penguatkuasaan kurang, rakyat jd terbiasa bawak laju2 langgar lampu pun xkena sama. AJib Gor pun sama..asyik ajar rakyat 'makan mewah' tp lupa nk didik dan tibai yg keras kepala.

    AES sistem yg bagus dan canggih. Jgn jdkan alasan utk kebal dr undang2. Kalau sama ekor tu bermasalah skrg saman AES lengkap dgn segala maklumat digital. so bising ape? Sndiri yg tekan pedla minyak..laju2.. lepas tu salah Polis? salah JPJ? salah Najib? Kalao Najib batalkan AES ini satu korupsi dan pecah amanah krn Najib xboleh kacau Akta yg telah digazetkan.

    Lagipun budget besar dh keluar xkn nk jdkan AES barang pameran di muzium. AES bukan dipasang setiap kilometer.. kalo gian nk pecut sgt pun masih boleh lg. Lengkap dgn papan tanda amaran semua.. nmpk sgt ramai yg panas xboleh pecut. Aku dh bosan tgk gelagak bebal samseng pemandu2 di PLUS Hgway.. keta besar2 dpt bawakk mcm sial.. xhormat org lain undang.. kasi ajar dgn AES lah!

    jalankan AES dn kaji kelemahan. JANGAN BATAL ATAU TANGGUH. Halaju Jalanraya cukuplah maksimun 110. Kaki gatal tekan lebih bayar lah saman

    BalasPadam
    Balasan
    1. jalankan AES dn kaji kelemahan. JANGAN BATAL ATAU TANGGUH. Halaju Jalanraya cukuplah maksimun 110. Kaki gatal tekan lebih bayar lah saman <<< kalu mcm tuh nati hg bawak la 60km/j kat highway 3 lane sbb kan tuh halaju jalan raya yg tak masuk akal

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.