Tangan asing mahu gugat keamanan |
Kata Karpal Singh: "Kebanyakan pertubuhan memang mendapat dana dari luar negara, tetapi ini tidak menjadi kesalahan sekiranya mereka membuat perisytiharan mengenainya dan ia tidak melanggar undang-undang."
Tambahnya: “Banyak negara mendapat bantuan asing dari negara lain
seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), contohnya. Adakah anda rasa
ini suatu kesalahan jenayah?”
Karpal tentulah dapat membezakan antara IMF dengan Open Society Institute dan National Endowment for Democratic (CIA bentuk baru). Bahkan ketika krisis mata wang akhir 1990-an, dana IMF pun ada udang di sebalik batu. (Waktu itu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim nak terima, tetapi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak).Bantuan luar untuk pelbagai pertubuhan di negara kita berlaku sejak 2005. Sudah tujuh tahun. Kita baru nak mula siasat! Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Naim Darwish memaklumkan, inisiatif untuk menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd dan SUARAM dimulakan setelah SSM menerima aduan daripada Jaringan Melayu Malaysia pada 2 Julai lalu.
Kalau tokoh seperti Karpal kata ‘kebanyakan pertubuhan’ dibiayai dana dari luar negara, tentulah ini bukan hanya tuduhan kerajaan dan penyokong UMNO. Dana sulit ini untuk memperkuat gerakan politik bagi menjatuhkan kerajaan demokratis. SUARAM tidak isytihar dana yang diterimanya dan tidak membenarkan agensi kerajaan memasuki pejabatnya. Ini lebih bahaya daripada ‘kesalahan jenayah.’ Ini macam gerakan subversif ala komunis.
Dalam bukunya The End of Barisan Nasional? Kua Kia Soong dengan bangganya mengaku: “SUARAM has facilitated several crucial coalitions of Malaysia civil society that have contributed to the political tsunami of 2008.” Siapa tahu kalau SUARAM juga telah ‘facilitated several crucial coalitions of political party’?
Kia Soong yang menubuhkan SUARAM pada 1989, menyertai ‘Opposition Front’ pada 1990 dan menjadi Ahli Parlimen pembangkang bagi Petaling Jaya, 1990-1995. Justeru, politik bukanlah asing bagi tokoh pembangkang ini. Ada misteri mengapa beliau tidak terus bergerak dalam parti politik?
Tak boleh campuri urusan politik
Hak untuk menukar parti pemerintah adalah hak mutlak warga negara, asalkan caranya menurut sistem politik dan undang-undang kita. Orang luar, haram untuk mencampuri urusan politik dalam negara lain.
Akan tetapi beberapa negara Barat, ter-utama kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan konco-konconya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), mencampuri urusan politik negara lain adalah perkara biasa. Pembabitan mereka bukan setakat memberi dana dan senjata, bahkan menghantar bala tentera untuk berperang di negara orang. Puluhan tahun AS jadi pembunuh di Eropah, di Asia, di Afrika dan di Asia Barat. Kekejaman mereka terlalu murah dibayar dengan nyawa seorang duta di Benghazi!
(AS sengaja melanjutkan perang di Palestin, Afghanistan dan Iraq. Serangan ke atas pejabat kedutaan Amerika di Benghazi dan pembunuhan duta Christopher Stevens pada 11 September, bukanlah kerana protes filem menghina Rasulullah. Tentera AS telah membunuh rakyat Libya dan Presiden mereka. Ketika perang saudara sedang memuncak, Stevens menyeludup masuk ke Benghazi – kubu kuat penentang Gaddafi – dengan menaiki bot kargo. Beliau mengatur gerakan politik dan tentera bagi menawan Benghazi dan menjatuhkan Gaddafi.)
Bantuan luar untuk pelbagai pertubuhan di negara kita berlaku sejak 2005. Sudah tujuh tahun. Kita baru nak mula siasat! Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Naim Darwish memaklumkan, inisiatif untuk menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd dan SUARAM dimulakan setelah SSM menerima aduan daripada Jaringan Melayu Malaysia pada 2 Julai lalu.
Alasan sukar diterima
Katanya: “Agensi ini menerima lebih daripada sejuta laporan tahunan dan kami tiada masa untuk menyiasat setiap syarikat ini. Sebab itulah kami hanya membuat siasatan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd apabila kami terima aduan daripada rakyat.” (NSTP 13 September). Ini alasan yang masuk akal, tetapi sukar diterima.
Pendaftar Pertubuhan sepatutnya tahu SUARAM yang tidak berdaftar itu telah bergerak secara terang sejak 1989. Justeru, tidak seharusnya menunggu rakyat membuat laporan. Apakah tidak ada agensi berkaitan keselamatan yang sedar akan kegiatan SUARAM dan banyak lagi pertubuhan yang nampaknya telah diseludupi anasir subversif dari luar negara?
Kia Soong mengaku SUARAM memang dibiayai oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Finland dan Kanada, tetapi merahsiakan sumber dana itu dan malah bertanya: “Do I really need to tell you where our funds come from? Why does every one wants to know where our funds come from?” (NST 29 Ogos 2012). Apa jawapan SSM dan Pendaftar Pertubuhan, Bank Negara dan KDN?
Tindakan kita setakat ini nampak masih teragak-agak, tolak menolak antara pelbagai agensi. Syor Mohd Naim supaya ditubuhkan sebuah badan petugas membabitkan semua pihak berkenaan adalah langkah bijaksana. Ini bukan lagi sekadar masalah melanggar undang-undang syarikat dan pertubuhan.
Kalau ada parti – termasuk parti orang Melayu – hendak meruntuhkan dominasi politik Melayu-Islam di negara kita ini, memang bukan satu jenayah. Tepuk dada tanya selera. Tetapi bila didukung oleh anasir luar, terutama dari AS, jadilah perang politik yang serius dan penuh simpang-siur. Menghadapinya memerlukan keberanian politik yang kebal dan gagah - Berita Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.