KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau membantah operasi
kilang Lynas di Gebeng, Pahang yang disertai kira-kira 2,000 orang di
sekitar Dataran Merdeka di sini menyebabkan kesesakan trafik melampau
selain menjejasperancangan penduduk pada hujung minggu.
Sebelum himpunan dua jam itu bermula pada 4 petang, pesertanya
dilihat berarak sejauh 42 Kilometer dari Gombak menyebabkan kesesakan
trafik yang keterlaluan.
Tinjauan Bernama mendapati banyak laluan ke ibu negara sesak dengan
kenderaan termasuk di Jalan Maharajalela, Jalan Kuching, Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan
Ismail.
Malah peserta perhimpunan turut membanjiri jalan raya sehingga menghalang kenderaan yang menuju pusat bandar menyebabkan polis terpaksa menutup laluan di Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India.
Malah peserta perhimpunan turut membanjiri jalan raya sehingga menghalang kenderaan yang menuju pusat bandar menyebabkan polis terpaksa menutup laluan di Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India.
Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu ialah Anggota Parlimen
Seputeh Teresa Kok dan Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria
Chin Abdullah.
Himpunan itu diadakan tanpa permit polis dan ia juga gagal mendapat
kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran
Merdeka sebagai lokasi utama.
Peniaga gerai minuman, Rahman Ahmad, 39, berkata perhimpunan itu menyebabkanperniagaannya di Masjid India terjejas.
"Kebanyakan pelanggan saya lari setelah melihat mereka... ada juga yang tidak sempat bayar," katanya.
Jururawat Hospital Kuala Lumpur, Azizah Daud, 40, pula kesal dengan
perhimpunan itu yang dilihat boleh mencemar imej negara dan memberi
gambaran negatif kepada pelancong asing.
"Saya melihat sendiri peserta perhimpunan menghalau segelintir
pelancong asing yang ingin mengambil gambar di Dataran Merdeka. Ini
memalukan negara kita," katanya.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Ashraf Mohamad, 20,
terpaksa membatalkan hasrat membeli barangan persekolahan setelah
adiknya sesak nafasberikutan terperangkap dalam kalangan peserta
himpunan itu.
"Saya tidak menjangka perkara ini berlaku. Peserta himpunan ini tidak
memikirkan akibat tindakan mereka kepada orang lain," katanya. BERNAMA
if you want violence, we can give you chinese people. dont test our patience.
BalasPadamGolongan manusia sebegini memang sepatutnya diajar dan diberi pengajaran. Baru dia orang akan beringat..
PadamSilent majority want to see enforcement of the law or else majority will joint them to break the law as there is nothing harm or against the law, freedom without boundry! Enforcement the ball was in your court now.!
BalasPadamPolis malaysia now tido lena dibawah menteri kerismudin.... Rindu nengok tindakan polis mcm tahun 80an n 90an... Apa tunggu lg kasi ajar ajer puak2 ni..... hampehh
BalasPadamSabar bro..akan sampai masanya sat lagi..kasi hantam kaw2 babi hijau ni..
PadamSilent majority sabar ada had, atau kerjaan sekarang nak lagi undi protes!
Padam