Piala AFF Suzuki: Penyokong Sakit Hati Malaysia Kalah 3-0 Lawan Singapura


Memang sakit hati bila mendapat tahu skuad bola sepak Malaysia kalah di tangan pasukan Singapura dengan jaringan 3 berbalas 0 di gelanggang sendiri.

Apa boleh buat, bola itu bulat dan dalam perlawanan bola macam ini pasti ada yang menang dan kalah serta kecewa. Rakyat Malaysia harus menerima kekalahan pertama ini dengan hati terbuka, mana lah tahu dalam perlawanan seterusnya Malaysia menang. InsyAllah..

Yang penting sekarang, sokongan rakyat Malaysia  terhadap pasukan bola sepak Malaysia tidak akan berkurang setelah kekalahan pertama ini. Mahu tidak mahu, inilah pasukan yang kita ada dan harapkan untuk menang dan mengekalkan kejuaraan.

Diharap kepada jurulatih Malaysia, Rajagobal dapat melakukan postmorterm kilat mencari punca yang menyebabkan pasukan Malaysia boleh tewas sebegini teruk. Kepada fan Malaysia, jangan terlalu cepat menghukum skuad Malaysia di atas kekalahan ini.

Sesungguhnya, nak mempertahan kejuaraan itu sememangnya lebih payah dari memburu kemenangan. Harap semua faham dan dapat tenangkan hati yang geram. teruskan menyokong pasukan Malaysia.

KUALA LUMPUR:
Pasukan Malaysia gagal mengekang asakan skuad Singapura selepas tewas 3-0 pada aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Biarpun skuad Datuk K. Rajagobal mula melakukan serangan ke kubu lawan, namun mereka gagal melakukan cubaan tepat ke arah gol.

Penyerang paling bernilai negara, Norsharul Idlan Talaha dikawal ketat oleh pemain-pemain pertahanan Singapura.

Kealpaan benteng pertahanan Malaysia digunakan sepenuhnya oleh Shahril Ishak pada minit ke-31 sekaligus menewaskan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Enam minit selepas itu, Shahril sekali lagi menjaringkan gol melalui tandukan sebelum babak pertama permainan tamat.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, skuad Harimau Malaya bangkit melakukan pergerakan lebih pantas tetapi gagal menghampiri pintu gol yang dikawal rapi, Mohamad Izwan Mahbud.

Kelekaan pemain pertahanan sekali lagi memberi peluang kepada Singapura menambah jaringan apabila pemain gantian,Aleksander Quric tanpa kawalan menanduk mudah ke arah gawang pada minit ke-74.

Keputusan 3-0 mengakhiri permainan walaupun pada masa tambahan cubaan Nor Shahrul Idlan hampir meledak gol pertama negara, namun terkena tiang gol.

Dalam satu lagi aksi Kump B, menyaksikan Indonesia meraih seri 2-2 menentang Laos.

Sumber: Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

5 comments:

  1. Salam..

    Harap penyokong skuad Malaysia dapat bertenang. Kita bagin dia orang peluang lagi.

    Kalau kalah juga..nak mengamuk-mengamuk lah puas yang penting jangan sampai hilang pedoman..ingat bola itu bulat...

    Kalah atau menang, sokongan kami di JERING Daily tetap tidak berubah..Go Harimau Malaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bangang ..nak sokong amendanya kalau dgn spork pun leh kalah. raja exprimen leh blah ganti dgn org lain sebelom lwn dng loas..kalau kalah dgn loas raja gopal harus buang je lesen kejurulatihan bolasepak.buat keje lain...saintis ke pelakon ke ikut suka ati nak buat apa janji jgn jadi jurulatih..x pandai langsung pilih player
      apa kejadahnya pilih matyo,safee, safiq rahim jadi pemain
      knp x ambik hai o,indra putra,farhan,badrol razi,amri yahya,....letak jawatan sebelum lawan loas adalah yg terbaik utk skuad malaysia

      Padam
  2. peluang pala hotak. FAM kena rombaka dari atas sampai bawah.kena bg dekat org sukan. dah boring sgt.
    ambik coah luaq mcm hoki.duit banyak buat apa? sendal pintu?

    BalasPadam
  3. Patut pun kalah sebab berikut:-


    Keeper - anda fail

    Pertahanan - tiada ketenangan bila di tekan , kurang support ke bahagian tengah

    Tengah - boleh kata tidak memainkan peranan kerana bahagian ini terpenting untuk memberikan idea ke jentera serangan

    Sriker - kurang melakukan gerakan bahaya , speed/stamina memainkan peranan utama

    Cuma segelintiran agak baik seperti S. Knalan , Mahali , Mat Yo (kurang speed) ada idea , mana pergi Steven Robart (mat ni baguih kontrol tengah)

    Fail - Yg lain-lain , tak main macam biasa , takut - takut (ASK THE PLAYER , SURE THEY NOT ENJOY PLAYING FOOTBAL LAST NIGHT)

    Singapore team tidak sebagus mana , boleh di tewaskan cuma kita main takut-takut serta kurang tumpuan dan persefahaman , tiada speed , kerap buat cara s kunalan memintas bola dari hantaran pihak lawan

    Cuba lagi last masa lawan Laos , praktik kan , semua dah diberikan masa latihan , enjoy your self , why masa kita dah leading 2 gol (katakan) permainan kita enjoy / relax je

    Jangan putus asa , cuba lagi , kerana anda yang terbaik/terpilih dikalangan ratusan player yg ada di Malaysia ini

    Tukar pengurusan pun dikalangan anda juga yang dipilih , FAM buat macam (contoh BAM) buat , itu yang terbaik , tapi tak pa , team under Ong Kim Swee jgn di pisahkan , team ni nampak boleh pergi jauh , kekalkan / gilap mereka

    BalasPadam
  4. raja gopal sepatutnya letak jawatan mulai sekarang kerana mengada ngada dgn exprimen.aku pun x tau apa tugas pemain sayap, dapat bola pastu pasing tengah..dapat bola pasing tengah
    tiada kreaviti langsung..juara piala malaysia ialah kelantan.Hanya apek dan mat yo saja yang main..mana pemain lain?mat yo bukanlah pemain hebat jika tiada bantuan badrul razi..itu ialah fakta yg harus ditelan..mana pemain ATM yg lain selain kembar
    ,naib juara piala malaysia..jika dikira berapa pemain kelahiran selangor dalam skuad malaysi? lebih dari pemain dari negeri lain... mana HAI o,mana indra putra.mana badrul razi? mana Pemain Tteam ( aku lupa nama ) ..rakyat malaysia kena terima hakikat kemenangan piala AFF sebelum ini adalah kerana nasib..raja harus turun tahkta mungkin ONG kim swee patut dilantik jurulatih agar sinar bolasepak malaysia terbit semula...

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.