MCA Bantah Cadangan UMNO Mansuh Sistem Sekolah Vernakular

chew_meifun_sekolah

GEORGETOWN - MCA akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina dalam memastikan sekolah vernakular Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terus wujud di negara ini, kata Naib Presidennya Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata, MCA tidak akan sesekali berkompromi dengan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad supaya Perwakilan Umno membahaskan untuk mengekalkan atau memansuhkan SJKC pada Perhimpunan Agung Umno, November ini.

Mohamad Azli mendakwa sistem sekolah vernakular dijadikan alat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.

"Ini tidak betul untuk menghalang mempelajari bahasa ibunda kerana ia adalah satu hak di bawah Perlembagaan," kata Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang dianjurkan MCA Pulau Pinang dan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia cawangan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Chew menyeru semua kaum perlu saling menghormati bahasa ibuanda masing-masing dan isu ini tidak patut dibangkitkan kerana tidak ada masalah dengan sekolah vernakular Cina sejak merdeka 57 tahun lepas.

Beliau berkata saranan untuk memansuhkan sekolah vernakular Cina bukan dasar dan pandangan majoriti pemimpin Umno tetapi ia hanya pendirian segelintir pemimpin yang tidak faham bahawa pelbagai budaya, bahasa dan kaum adalah kekuatan Malaysia bukannya kelemahan.

"Oleh itu, saya yakin kekuatan bahasa ini harus diteruskan dan ia akan mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia khususnya dari China," katanya.

Berikutan itu, Chew berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap Mohamad Azli oleh Pemuda MCA Petaling Jaya kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

5 comments:

  1. MCA's Chew don't worry!. Najib akan mempertahankan sekolah vernakular dengan nyawa dan jasadnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Even Singapork the DAPigs idol country dont have separate vernacular school !! Why should we have one??

      Padam
  2. Singapore mahsuhkan sekolah vernakular kaum hangpa tak kata apa pun....

    BalasPadam
  3. Memang patut dimansuhkan. Mereka takde semangat patriotik.

    BalasPadam
  4. "Ini tidak betul untuk menghalang mempelajari bahasa ibunda kerana ia adalah satu hak di bawah Perlembagaan," kata Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    Hello Madam, kalau setakat nak mempelajari bahasa ibunda, kat sekolah kebangsaan pun boleh. Cuma ajar subjek bahasa mandarin jer.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.