PAS Desak Kerajaan Selangor Batalkan Pesta Oktoberfest

oktoberfest-girls-selangor

Pas Selangor mendesak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatannya menghalang penganjuran pesta arak 'Octoberfest' di kawasan terbuka kerana ia bercanggah dengan Akta 176.

Ketua Penerangannya, Zaidy Abdul Talib menegaskan pihaknya juga akan menggesa pihak berkuasa supaya menggunakan peruntukan kuasanya sama ada mengalih program maksiat itu ke tempat lain atau membatalkannya serta-merta.

"Pas Selangor juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi dengan menaikkan papan iklan Octoberfest tanpa kebenaran di sekitar Saujana Hotel Subang, walau ianya diturunkan semula selepas tiga hari dinaikkan.

"Apa jua bentuk perlanggaran undang-undang berlaku, Pas Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat tindakan tegas selaras dengan mempertingkatkan nilai-nilai kehidupan harmoni yang diperjuangkan oleh seluruh lapisan masyarakat berbilang agama dan bangsa," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.
Klik foto kalau nak tahu asal-usul pesta Oktoberfest
Beliau berkata demikian mengulas penganjuran pesta arak yang telah pun bermula sejak 24 September lalu dan ia berlanjutan pada 25 hingga 27 September dan bersambung semula pada 1, 2, 3, 4 dan 10 Oktober serta berakhir 12 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Zaidy yang juga Exco Pas Selangor menyifatkan agenda besar syarikat minuman keras itu sebagai tidak memahami sosio budaya dan sensitiviti agama di negara ini.

"Penganjur perlu sedar mengenai sensitiviti penganut beragama di negeri ini terutamanya penganut agama Islam, yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan sebelum mengadakan sesuatu yang boleh mengugat ketenteraman dan keamanan awam.

"Agama Islam tiada berhalangan untuk selain penganut Islam meminum minuman keras kerana ianya merupakan hak orang bukan Islam," tegasnya.

Tegasnya lagi, jika pesta arak itu diadakan secara besar-besaran dengan menguar-uarkannya secara terbuka di pasar raya dan papan tanda, ia bukan sahaja melanggar tatasusila kehidupan masyarakat bahkan melanggar kepercayaan agama di seluruh dunia.

Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. BINATANG BUAS si PENDATANG KAPIRDAJAL ni - ini mesti angkara si DAPBANGKAI/PKRSODOM serta tuan Barat-ZIONISnya!

    Mana JAIS dan MAIS, yang boleh membenarkan pesta arak “Octoberfest” dipromosi dan telah begitu lama, dan juga secara besaran dan terbuka di Negara Islam, pusaka nenek moyang kami ini, apalagi kita baru sahaja meraikan Aidil Adha yang mulia?! UMNO/PAS juga telah GAGAL memperthankan ISLAM/umatnya serta NEGARA ISLAM kita ini!!

    Pesta arak “Octoberfest” ini sebenarnya berasal dari budaya Barat-Zionis Jerman (lihat di http://en.wikipedia.org/wiki/Oktoberfest), yang mana budaya haram dan amat biadap ini, yang mengagungkan pesta arak besaran ini juga sering menyebabkan masyarakat Islam Jerman merasa terhina dan tersisih. Tetapi undang-undang Jerman/Barat-Zionis yang sering melaungkan hak asasi “kesamaan” terutamanya terhadap dunia Islam, boleh pula mendiskriminasi hak dan budaya masyarakat Islam yang mengharamkan arak. Bahkan, umat Islam tidak dibenarkan mengadakan pesta Ramadhan yang suci walau sehari dan hanya di Berlin, dan tiada hari cuti rasmi untuk Hari Raya Aidilfitri dan Aidil-Adha kecuali di Hamburg. Bahkan wanita Islam bertudung tidak dibenarkan bekerja sebagai guru mahupun dalam JPA Jerman.

    Namun demikian, NGO-NGO Jerman seperti Konrad Adeneur, Neuman Stiftung Foundation, Yayasan Kristian Jerman dsbnya amat aktif di Malaysia, kononnya mahu memperjuangkan hak asasi “kesaman-kebebasan” Bukan Islam di Negara Islam kita ini - sedangkan di Jerman, Islam/umatnya makin dibenci dan didiskriminasi, serta anak-anak muda Islam dirosakkan dengan perancangan teliti, budaya Islam mereka, terutamanya melalui sistem pendidikan, dan media-massa yang amat bebas, termasuk yang mempromosi cara hidup homoseksualiti, meminum arak, berjudi, hubungan seks bebas dan pornografi (termasuk di stesyen biasa TV contohnya stesyen sukan, selepas tengah malam)!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  2. Apa nak salahkan kerajaan Selangor.Kate kerajaan itu milik rakyat.Apalagi kalau BERSIH beribu orang berkopiah bole turun takkan pasal arak semua letih kot.Mari kita turun ramai-ramai penuhkan jalanraya. Ade brani ke? atau nek join sekali pesta ni...maklumlah ramai amoi2 yang mabuk nanti tu heheheheheheh......tepuk dada tanya selera....cakap aje tarak guna......

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.