Tamrin Tersalah Masuk 'Syurga'

tamrin-keluar-pas

Selepas hanya dua tahun menganggotai PAS, anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar umum meninggalkan parti itu pada Rabu.

Menerusi surat yang dihantar ke Pejabat Agung PAS bertarikh 15 Oktober, Mohd Tamrin memaklumkan kepada parti itu bahawa beliau menarik diri daripada PAS.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," katanya menerusi surat yang dialamatkan ke atas nama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Lazada Malaysia

Pejabat Agung PAS mengesahkan menerima surat berkenaan.

Difahamkan surat berkenaan disampaikan menerusi serahan tangan.

Mohd Tamrin menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 11 Ogos 2012.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.
Share on Google Plus

About Jering Daily

1 comments:

  1. Sebagai ahli PAS KE BUKAN KE TAK ADA IMPAK PADA PAS.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.