Kertas Putih Talam, Kerajaan Negeri Selangor Cuba Bermain Helah Tutup Isu Sebenar


Penyelaras BN Selangor Datuk Sri Ir Mohd Zin Mohamed mendakwa Kertas Putis TALAM yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor hanya bertujuan untuk menutup isu tersebut dari dibincangkan.

Dalam satu kenyataan media petang Jumaat, beliau berkata, tiada maklumat yang baru dalam Kertas Putih yang dikeluarkan  malahan, sebahagian besar persoalan yang dibangkitkan oleh BN Selangor sebelum ini masih tidak dijawab.

Berbeza dengan janji Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa apa juga persoalan mengenai TALAM akan dijawab dalam Kertas Putih tersebut, kata Mohd Zin, ia 'indah khabar, dari rupa'.

"Umum mengetahui bahawa TALAM mempunyai hutang dengan beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri seperti KHSB, PNSB dan UNISEL. Dinyatakan dalam Kertas Putih bahawa KHSB, PNSB dan UNISEL maing-masing hanya menerima RM10 dari urusniaga penyelesaian hutang TALAM ini, namun Kerajaan Negeri berjanji akan membayar pampasan kepada anak syarikat ini.

"Persoalanya, bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai pemberian pampasan kepada KHSB, PNSB dan UNISEL? Bagaimana pula penerimaan oleh pemegang saham setiap anak syarikat ini? Adakah pemberian ini merupakan satu cara untuk Kerajaan Negeri menutup kelemahan mereka?" tanya beliau.

Jelasnya lagi, Kertas Putih juga menyatakan maklumat yang bercampur berhubung jumlah kutipan hutang yang berjaya dilaksanakan.

"Tiada maklumat terperinci berhubung tanah yang dilelong dan gantian tanah yang dijanjikan oleh pihak TALAM. Sebuah tanah di Lot 14002 dikatakan telah di lelong pada tahun 2010. Bagaimanapun, TALAM hanya bersetuju untuk menggantikan tanah tersebut pada surat bertarikh 5 Jun 2012.

"Persoalanya, kenapakah berkara ini timbul setelah dua tahun berlalu sedangkan isu ini bermula sejak 2009 lagi? Adakah Kerajaan Negeri hanya menimbulkan perkara ini setelah terdesak dengan siri pendedahan oleh Barisan Nasional?"

Hakikatnya, ujar beliau Kertas Putih  tersebut bolehlah diandaikan sebagai melepaskan batuk di tangga. Ianya hanyalah bagi menutup isu ini dari terus dibincangkan.

"Namun begitu, pihak Barisan Nasional Selangor tetap konsisten dengan apa yang kami dedahkan sebelum ini malah masih banyak persoalan yang poerlu dijawab oleh Menteri Besar berhubung kekeliruan yang berlaku dalam penyelesaian hutang TALAM ini,"katanya.
Sumber: Agenda Daily
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.