Sekarang ini, PKR menerusi Rafizi Ramli dan Sivarasa Rasaiah sedang
berusaha sedaya mungkin untuk mengenakan Musa Aman, Ketua Menteri
Sabah yang dikatakan memperolehi RM40 juta secara haram dari seberang
laut. Sekalipun telah dijelaskan bahawa wang berkenaan adalah derma
politik, namun PKR tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Bahkan
sewaktu ICAC Hong Kong menegaskan bahawa siasatan mereka tidak menemui
sebarang penyelewengan atau money laundering sepertimana yang dituduh
oleh PKR, Rafizi Ramli dan konco-konconya ke Hong Kong untuk memujuk
agar kes tersebut dibuka semula.
Dan seperti dalam kes Scorpene, Rafizi Ramli segera meuar-uarkan bahawa kes tersebut telah dibuka semula oleh ICAC untuk disiasat. Manakala Sivarasa Rasaiah pula menyatakan bahawa UBS Bank di Switzerland sedang membuka kes siasatan berhubung penggubahan wang haram (money laundering) membabitkan USD90 juta yang juga melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Hebat sungguh PKR berusaha untuk mengenakan pemimpin-pemimpin UMNO-BN.
Namun ada satu kes yang sudah sangat lama dan sehingga sekarang, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun perbicaraan dibuat. Kes tersebut melibatkan penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Jumlahnya pula adalah sebanyak RM3 bilion... jumlah yang sangat besar berbanding tuduhan yang dilemparkan kepada Musa Aman mahupun Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
5 Jun 2012, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali telah membuat laporan polis meminta polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar Ibrahim telah mengawal lebih 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.
7 Jun, Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula meminta Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Abdul Murad, sekiranya pengakuan berkanunnya itu adalah fitnah semata-mata. Anuar Shaari juga meminta Anwar menjelaskan sama ada akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan.
10 Jun, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin turut memberikan respons agar Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.
Namun Anwar Ibrahim langsung tidak menjawab. Pun begitu, pada masa yang sama, tiada sebarang siasatan, tindakan mahupun ulasan yang diberikan oleh pihak berkuasa berhubung Pengakuan Berkanun Datuk Abdul Murad bin Khalid. Manakala konco-konco Anwar Ibrahim juga, langsung tidak berani bersuara atau mencuit perkara berkenaan, walaupun pada masa yang sama, mereka begitu sibuk dengan para pemimpin UMNO yang lain, seolah-olah mereka cuba mengelakkan orang ramai dan para pengundi daripada mengetahui kisah Anwar melarikan wang negara secara haram.

Baca sambunganya di The Flying Kick
kalau nak sokong Bn pun ambil lah tau, musa aman tu KM sabah bukan Sarawak...fakta yg kamu beri pun akan sumbang..bebal punya olang
BalasPadamTerima kasih atas teguran tuan terhadap kesilapan yang berlaku dan kami hargainya.
Padam