Perintah baru diramal semarak perpecahan politik Mesir
KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Mursi (gambar) mencetuskan kontroversi semalam apabila beliau mengeluarkan satu perintah berkemungkinan besar akan menyebabkan perbicaraan semula Bekas Presiden, Hosni Mubarak dan pembantunya.
Selain perintah mengarahkan perbicaraan pegawai era Mubarak yang bertanggungjawab terhadap keganasan ketika kebangkitan menentang pemerintahan beliau, perintah terbabit dilindungi daripada tindakan perundangan perhimpunan dikuasai puak Islamis yang menulis perlembagaan baru Mesir.
Ia memberikan perlindungan yang sama terhadap dewan tinggi parlimen yang dikuasai sekutu Mursi dan memberikan kuasa baru presiden yang membenarkan beliau memecat ketua pendakwa era Mubarak dan melantik pendakwa baru.

Ia menyebut bahawa semua keputusan diambil Mursi sehingga pemilihan presiden baru dikecualikan daripada tindakan perundangan.
Melindungi revolusi
Perintah berkenaan yang dikeluarkan sebagai langkah untuk melindungi revolusi, mendapat pujian daripada sekutu Mursi tetapi menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk Mesir berfikiran sekular Ikhwanul Muslimin dan sekutunya bertujuan mendominasi Mesir baru.
Ia dilihat akan menyebabkan perpecahan besar sama seperti yang berlaku ketika era Mubarak.
“Keputusan ini akan menyemarakkan perpecahan di dalam politik Mesir dan akan lebih menyukarkan memulihkan pertumbuhan ekonomi,” kata seorang profesor sains politik di Universiti Kaherah, Mustapha Kamal Al-Sayyid.
Ahli politik liberal, Mohamed
ElBaradei di dalam akaun Twitter beliau berkata bahawa Mursi merampas
semua kuasa negara dan melantik dirinya sebagai firaun Mesir yang baru.”
Bagaimanapun, jurucakap bagi Ikhwan Muslimin, Mahmoud Ghozlan menyifatkan langkah terbabit sebagai satu revolusi dan popular.
Hapus ketidakpastian
Bagaimanapun, jurucakap bagi Ikhwan Muslimin, Mahmoud Ghozlan menyifatkan langkah terbabit sebagai satu revolusi dan popular.
Hapus ketidakpastian
Perintah berkenaan akan menghapuskan sebarang ketidakpastian yang
masih menjadi tanda tanya mengenai nasib dewan perhimpunan yang menulis
perlembagaan.
Badan berkenaan berhadapan dengan cabaran daripada plaintif yang mempertikaikan kesahihannya. - Reuters
Badan berkenaan berhadapan dengan cabaran daripada plaintif yang mempertikaikan kesahihannya. - Reuters
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.