Kegiatan Kongsi Gelap Curi Pasir Selangor Didalangi Pakatan Pembangkang?

Curi-Pasir-Selangor

Nampak gaya isu curi pasir  tidak akan berkesudahan selagi pakatan memerintah Selangor? Memang rakyat Selangor sudah sampai ke tahap  “cuak” dengan sandiwara pemantauan  kecurian pasir yang tidak pernah selesai dalam erti kata yang sebenarnya.

Hakikatnya, tidak sampai dua bulan setelah aktiviti curi pasir di satu kawasan di Semenyih didedahkan namun sindiket yang mendalangi aktiviti itu sudah berani kembali beroperasi di tempat sama. Mereka seolah-olah begitu berani. Adakah mereka ini kebal dari tindakan undang-undang? Ataupun mereka tahu bahawa mereka sentiasa dilindungi oleh “pihak tertentu”? Perkara ini perlu disiasat dan didedahkan kepada rakyat Selangor kerana ini melibatkan hak rakyat.

Manakala  sindiket yang  sama dari Banting yang telah didedahkan kerana kegiatan curi pasir di tanah kerajaan seluas 50 hektar bersebelahan kuari Sungai Long dan perumahan di Semenyih itu, sudah beberapa kali dikenakan tindakan, tetapi seolah-olah kebal kerana beroperasi semula sejak seminggu lalu.  Adakah tindakan yang dikenakan itu terlalu ringan ataupun tindakan itu hanya sekadar pada nama  yang menyebabkan pihak yang disabitkan “pandang ringan”.

Sebelum ini kerajaan pakatan di Selangor telah mendabik dada kononnya berjaya menyelesaikan hampir 90 peratus kecurian pasir yang berlaku di negeri ini. Kononnya terdapat kira-kira 10 peratus lagi kejadian curi pasir yang masih berlaku. Kononnya  ia mungkin disebabkan mereka menjalankan kegiatan curi itu pada waktu malam. Malam atau siang bukannya  alasan kerana pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu bertindak mengikut keperluan. Atau adakah penjenayah pasir ini “dilindungi” untuk beroperasi pada waktu malam?

Kononnya  pihak pakatan telah  mengambil pelbagai langkah dalam menangani kegiatan curi pasir  daripada terus berleluasa seperti bekerjasama dengan Pejabat Tanah bagi mengatasi kejadian curi pasir tersebut. Kononnya mereka merampas pasir yang dicuri serta mesin-mesin digunakan.  Namun persoalannya kejadian curi pasir masih terus berleluasa. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa “orang dalam” bersubahat” dalam aktiviti jenayah ini.

Sehingga kini kerajaan pakatan Selangor masih gagal melaksanakan satu pelan tindakan khusus bagi membendung kegiatan mencuri pasir di negeri itu termasuk siasatan terperinci kemungkinan wujudnya penglibatan pakatan dan kongsi gelap dalam aktiviti berkenaan.

Rakyat perlu tahu bahawa  kegiatan mencuri pasir merupakan perkara serius yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah memberikan kesan kepada perolehan hasil negeri melalui sebuah syarikat yang mengawal perlombongan pasir di Selangor iaitu  Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Sebelum ini juga Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada tahun lalu mengumumkan keberkesanan operasi pemantauan dan pencegahan yang telah dijalankan. Nampak gaya pakatan telah terlalu kerap berbohong sehinggakan ianya mendatangkan masalah kepada parti mereka sendiri.

Pada 15 Jun lalu, akhbar telah menyiarkan pendedahan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan mencuri pasir di kawasan rekreasi Sungai Batang Si, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor sehingga mampu memperoleh keuntungan mencecah kira-kira RM300,000 sehari. Keuntungan lumayan itu menyebabkan lelaki terbabit tidak serik melakukan kegiatan haram berkenaan walaupun pernah dikenakan tindakan kompaun oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat baru-baru ini. Malahan lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai berani meneruskan kegiatan mencuri pasir di kawasan tersebut kerana perbuatannya dilindungi kumpulan samseng dan pihak tertentu yang dipercayai penyokong sebuah parti setelah dibayar sejumlah sogokan.

Pakatan pembangkang sering menuduh kerajaan Barisan Nasional sebagai tidak telus, korupsi dan lain-lain lagi. Hakikatnya pakatan itu sendiri penuh dengan “najis mughallazah” yang tidak mampu dicuci oleh sesiapapun.  Mungkin “Kekebalan” penjenayah curi pasir merupakan antara bukti ketidak telusan dan korupsi melampau pakatan pembangkang.Sebelum ini kuasa untuk menentukan kutipan pasir ditentukan oleh PTG melalui sistem doket. Ini bermakna, mereka yang diberi kebenaran melombong pasir itu perlu membayar doket terus kepada PTG selaku pihak berkuasa di bawah kerajaan negeri. Namun pakatan mengubah dengan mewujudkan KSSB yang membeli doket daripada PTG. Kemudian KSSB mengeluarkan doket mereka sendiri yang berkemungkinan terdedah kepada pelbagai bentuk manipulasi.

Demi menjaga kesejahteraan rakyat Selangor maka kita semua bertanggungjawab bagi memastikan tampuk pemerintahan Selangor dikembalikan kepada Barisan Nasional.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.