Tanda Putera: Shuhaimi Baba Sindir Pembangkang Tidak Matang
PETALING JAYA: Penerbit filem Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi menganggap individu yang menuduh filem arahannya iaitu Tanda Putera bersifat perkauman adalah mereka yang tidak matang menilai sesebuah filem.
Shuhaimi berkata, dia kesal apabila filem berkonsepkan sejarah itu sengaja dimanipulasikan menjadi negatif untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat agar membencinya.
"Mereka yang mencetuskan kontroversi ini memang tidak matang kerana menilai tanpa menyaksikan filem itu terlebih dahulu.
"Sepatutnya masyarakat kita pada zaman ini boleh berfikiran terbuka dalam menilai sesuatu perkara serta menerima kebenaran sejarah yang pernah berlaku di negara kita," katanya pada sidang akhbar khas filem Tanda Putera yang diadakan di Hotel Eastin, di sini, Rabu.
Filem yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu telah dikritik hebat oleh beberapa pihak kononnya adegan berkaitan peristiwa 13 Mei 1969 yang dipaparkan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada 7 Ogos lalu meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum.
Bagaimanapun, Shuhaimi bertegas, tidak akan tunduk terhadap mana-mana desakan yang mahu filem Tanda Putera diharamkan atau memotong adegan seperti yang diinginkan.
Dalam pada itu Shuhaimi berkata sesetengah pihak bertindak berani dalam melakukan sesuatu perkara termasuklah melakukan demonstrasi haram selain bersikap ekstrem dalam memprotes sesuatu perkara.
Bagaimanapun katanya, dalam konteks penghasilan filem sejarah, pihak-pihak berkenaan masih berfikiran kolot dan tidak matang.
"Saya tak tahu apa yang mereka ini berfikir. Apabila buat demonstrasi bukan main lagi berani tampil menyuarakan itu dan ini, tetapi dalam konteks filem sejarah yang ringan mereka tak berfikiran terbuka langsung.
"Suka atau tidak, negara kita pernah melalui peristiwa hitam 13 Mei dan itulah yang saya cuba sampaikan dalam Tanda Putera, ujarnya yang berharap agar tiada lagi kontroversi yang timbul berkaitan filem itu.
Filem Tanda Putera dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi.
Sumber: Mstar Online
Tahniah dan terima kasih. Kalau ini dapat membangitkan rasa ketuan melayu....maka episod penghinaan terhadap melayu...maka kita perlu garapkan babak berkenaan supaya melayu sedar diri dan tidak terus dayus dan dihina. Melayu seperti Mus....... PAs...sebenarnya contoh melayu dayus dan pengecut yang perlu jugak ditongjolkan dalam cerita sejarah meayu agar masyarakat Malaysia yang cintakan negara dapat membantu negara menghapuskan penghianat bangsa.....
BalasPadamsekali lagi tahniah......just ignore the idiots such as.....you know who..... MAri kita bangkitkan jiwa melayu yang selama ini berjuang untuk kedaulatan negara. Harap=harap selepas ini Puan akan dapat skop cerita melayu tentang bagaimana terhapusnya pertualang negara dalam cerita.... titisan darah demi Malaysa....fikir- fikirkannnn
peh sedap je .tibai si tak ada lansung..penjilat bontot pemerintah tahu apa pasal pembangkang..tunggu jadi pembangkang la besok
PadamKenapa Perlu takut ......pernah tengok cita kingdom of heaven cita tg perang salib antara Kristian dgn islam.......tk de kontroversi pun......antara org Islam dgn kristian....keKenapa DAP Peru takut.......
BalasPadam