Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.
Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.
Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.
Najib memberitahu wartawan Malaysia di sini, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.
Katanya para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.
"Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya," kata beliau.
Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.
Sumber: Agenda Daily
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.