Selama
lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri
mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan
menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan
Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan
tidak patriotik.
Serentak
dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri
sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya
sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang
berbeza.
Malangnya,
dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot
terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari
unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro
pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka
pada malam 31 Ogos 2012.
Kesemua
muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama
yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung
menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan
keganasan pesertanya tempohari.
Pengerusi
Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara
sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh
kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai
pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.
Tanpa
segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan
pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun
tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.
Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih.
Dalam
pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu
berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka
suarakan.
Rekod
sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran
puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti
kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.
Situasi
sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain
pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat
langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.
Selain
itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April
lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka
menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya
banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan
kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka.
Pendek
kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan
berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula
dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.
Patutlah
begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji
Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.
Berdasarkan
apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan
kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga
akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain.
Betul tak?
Sumber: GAP
Sekarang dah semakin jelas alasan tersenbunyi kenapa puak puak NGO dan pembangkang beriya iya nak mansuhkan ISA dan AUKU...
BalasPadamBest je tulis... Sampah bertan tan... Siap ada kondom... Sape la bangang sangat tgh berhimpun secara aman boleh lak wat maksiat... Bulan puasa wei... Insaf2 la wahai pencacai... Bagi la bukti, jgn main tulis je... Berapa upah lu dapat???
BalasPadam