Lima Kejutan Dalam Kehidupan Berumah Tangga

Hati terpikat, janji termetrai. Indahnya di alam percintaan dan pastinya ingin terus kekal abadi bersama. Namun, yang terindah adakalanya sementara. Penyatuan dua hati menuntut kesabaran yang tiada noktahnya.

Dalam setiap pelayaran akan ada pasang surutnya. Keceriaan tidak berpanjangan kerana pasti akan ada kejutan yang mengugat.  Kekal bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam rumahtangga. Jom kita amati lima kejutan ini agar kita kekal bersedia:

1. Perkongsian
Ini adalah antara syarat wajib bagi mereka yang berjanji untuk hidup bersama. Bila sudah berpasangan, pastinya segala perlu di kongsi dari setiap pelosok aspek. Kebajikan, kasih sayang sehinggalah perhatian yang diberikan.

 Fasa ini memerlukan anda terus bersikap positif dan matang walaupun ia berat dan sukar. Namun inilah syarat perkahwinan untuk terus mekar sampai bila-bila. Berkongsi tidak seadar seadanya, namun segalanya.

2. Mainan cinta dan perasaan
Kala bercinta  ketika muda, semuanya indah belaka. Penuh dengan mainan dan muslihat cinta. Pelbagai teknik dan cara menyulam asmara. Namun, perlu diingat perbandingan ketara pastinya kan timbul antara sebelum dan selepas perkahwinan.

Momentum romantik ini ada kalanya sukar untk dikekalkan. Dengan pelbagai dilema menduga, janganlah anda terlalu mengharap. Cuma, usahakan sedaya upaya mampu untuk capai kebahagiaan hingga ke akhirnya.

3. Pengorbanan
Tuntutan wajib dan utama dalam hidup berumhtangga. Kecil atau besar, di usia muda mahupun tua nanti bukan persoalannya. Paling penting hati dan keikhlasan yang akan mengukuhkan tiang sebuah rumahtangga.

Semestinya anda perlulah memastikan diri dan pasangan untuk bersedia berkorban apa sahaja tidak kiralah melibatkan masa, duit, tenaga mahupun kepentingan diri sendiri. Tanpa sifat berkorban, tidak akan lama mahligai yang dibina.

4. Perubahan
Ini pula antara kenyataan yang perlu anda tempuh walau  apa jua berlaku. Masa menentukan segala dan semua berubah mengikut peredarannya. Dari segi perangai, paras rupa, bentuk badan, wajah dan lain-lain.

Janganlah pula kita sentiasa mengharapkan pasangan akan kekal mengikut kemahuan atau ketika mula-mula berkenalan dulu. Oleh itu, bersedialah untuk mencintainnya dulu, kini dan selama-lamanya.

5. Perpisahan
Sesiapa sahaja akan merasa gentar dan sebaliknya ingin mengelak. Pekahwinan yang dibina atas dasar cinta agung disulam ikhlas dan rasa tanggungjawab pastinya kekal hingga ke akhir hayat. Namun, jika tidak perpisahan yang  akan ketemui.

Jadi, anda dinasihati jangan mudah berputus asa. Cubalah sebaik mungkin untuk kembali menyemarakkan kasih sayang dalam rumahtangga demi kebahagiaan anda, pasangan dan anak-anak.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.