Jika
sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan
corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya
keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya
nanti?
Pertelagahan
mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama,
iaitu ‘hudud’ yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim
pilihanraya. Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi
dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk
membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO.
Dan
hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi
segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja
dan sebagainya.
Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam. Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud.
Dalam
kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi
yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga
menolak hudud. Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak
salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak
hudud.
Hukum apakah ini? Atau agama apakah ini?
Oleh
kerana ‘tidak melaksanakan hudud’ merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN
perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat
dosa besar juga.
Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.
Lebih
dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah
dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan
DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi.
Kita
yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi
alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira
realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk.
Tetapi
rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah
memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun,
tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.
Oleh
itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana
menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS
juga sama.
Malah
PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja
menolak hudud, tetapi memusuhi segala-galanya tentang Islam.
Kita
merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa.
Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara
Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak
keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup.
Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga?
Sumber: GAP
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.