Hari raya semakin dekat. Amalan kunjung mengunjungi saudara mara dan jiran pasti menjadi acara yang wajib bukan. Apatah lagi hidup bermasyarakat semestinya akan mewujudkan suasana kunjung mengunjungi antara satu sama lain.
Pastinya anda akan mengingati sekiranya kunjungan pertama ke rumah saudara mara atau kenalan sungguh nyaman dan menyelesakan. Namun pernahkah terlintas di fikiran kita agar bakal tetamu kita melalui situasi sedemikian bila berkunjung ke rumah kita?
Barangkali takrifan selesa itu agak subjektif, namun secara asasnya bila jiwa dan fikiran anda merasa selesa maka secara langsung akan mengundang keselesaan fizikal. Jadi usah fikirkan bajet yang tinggi untuk mengubahsuai rumah demi keselesaan tetamu anda. Cuba ikuti pendekatan yang murah dan barangkali tidak melibatkan sebarang kos.
1. Sentuhan
Fikirkan jenis barang yang barangkali akan disentuh oleh tetamu anda. Pastikan semua barang tersebut berada dalam keadaan bersih. Barang yang bersih seakan menarik perhatian mereka untuk menyentuhnya. Ini termasuklah gelas atau cawan, barang perhiasan, tempat duduk serta barang-barang di bilik mandi yang mungkin disinggahi tetamu anda.
2. Bunyian
Perhatikan apa yang biasa didengar tamu anda waktu mereka berada di rumah. Muzik jenis apa yang memenuhi seleranya. Dan anda boleh memainkan muzik kegemaran mereka di rumah anda. Tapi ingat, nadanya jangan terlalu tinggi, nanti sukar untuk anda berbual dengan mereka.
3. Cita rasa
Hidangan buat tetamu antara adat orang melayu bagi melambangkan kita sebagai satu bangsa yang menghargai kehadiran mereka. Jika anda tahu makanan kegemaran mereka, bolehlah anda sajikannya di samping hidangan yang lain. Apa yang pasti, setiap hidangan tersebut harus berkualiti dan sedap.
4. Haruman
Salah satu perkara yang barangkali jarang kita titikberatkan mengenai persekitaran rumah ialah berkaitan hal bauan. Sememangnya haruman atau bauan yang menyelesakan akan membuat para tetamu lebih santai dan selesa di rumah anda. Pelbagai produk pewangi udara di pasaran yang boleh digunapakai bagi memeriahkan suasana rumah.
5. Pemandangan
Selain persekitaran rumah anda selaku tuan rumah harus menjaga penampilan diri, bersih serta bersikap ramah- tamah bagi membuatkan si tetamu merasa selesa. Mungkin mereka yang kurang biasa dengan anda, agak kekok dan kau untuk memulakan bicara. Jadi sebaiknya, anda yang memulakan perbualan. Cari topik yang menarik minat anda dan tetamu.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.