Telah
difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa
adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana
ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah.
Menyusul
pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa'amah, Pengasas
Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.
Yang
benci akan fatwa tersebut sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang
selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat
parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di
Malaysia.
Jikalau
PAS selama berpuluh tahun lantang mengkafirkan pemimpin dan ahli Umno
hanya disebabkan perbezaan ideologi politik, adakah parti itu kini
berani mengkafirkan Tuan Guru Abdullah kerana mengeluarkan fatwa menegah
umat Islam menyokong sekutu politiknya?
Apakah
PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup
mengenepikan fatwa soeang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus
tidur setilam dan sebantal dengan musuh Islam?
Sudah
tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang
tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.
Namun
Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi
ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas
alasan 'tahaluf siyasi'.
PAS
berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam
tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah
sekular Machiavellian iaitu 'matlamat menghalalkan cara'.
PAS
menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum
berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling
tegar menentang segala dasar Islam yang dibawa parti itu.
Akhirnya
DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya menundukkan PAS untuk menghumban
perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' yang diterima
pakai oleh Pakatan Rakyat.
Bagi
pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi
mereka bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan
saudara seIslam dari Umno tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP.
Tidakkah
PAS sedar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mereka sanjung dan julang
itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari Tanah Melayu ini
ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?
Lupalah
PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama
kepada rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?
Tidakkah
insiden terbaru di mana ADUN Kota Shah Alam, M. Manoharan menghina
jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap
parti itu terhadap mana-mana pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu
berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?
DAP
membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya
menguasai Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej
yang lebih lunak terhadap orang Melayu.
Lalu
tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya
mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran
dalam ceramah mereka.
Lim
Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola
ciri-ciri pentadbiran negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh
Islam tersebut.
Berduyun-duyunlah
pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk
memperdayakan orang Melayu bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan
perkauman.
Maka
pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit
sehingga mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno!
Daripada
pembenci bangsa Melayu dan penentang hebat undang-undang Islam, kini
DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa dan agama pula.
Ciri-ciri
musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam
golongan yang muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak
Khawarij.
Kumpulan
Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam
pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra.
Maka tidak jauh daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di Malaysia.
DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.
Lihat
sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP
memainkan peranan mereka untuk memecah belahkan perpaduan rakyat di
negara ini.
Jika
mereka boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan
masyarakat yang hidup dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah
perkara yang susah bagi DAP.
Dalam
pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak
putus-putus menyerang semua dasar dan program kerajaan yang
menguntungkan orang Melayu.
Mereka
mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar
Ekonomi Baru, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi
Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman dan segala apa yang berkaitan dengan
kepentingan Melayu.
Golongan
Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan
hak istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai
kelas tiga di negara sendiri.
Golongan
yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup
menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.
Sumber: Gerakan Anti PKR
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.