Klik imej untuk paparan yang lebih jelas |
Dulu memang benar PAS jadikan perjuangan menegakkan negara Islam itu sebagai perjuangan asasi PAS, tapi sekarang Negara Islam sudah tidak boleh lagi disebut kerana istilah itu tiada dalam Al Quran kata Hadi Awang. Sebab itu PAS sekarang bukan lagi untuk Islam, PAS sekarang sudah jadi “PAS For All”, jadi kenalah PAS jaga kebajikan semua orang, termasuklah menjaga kebajikan orang yang menentang hudud PAS.
Betullah kata Nik Aziz, dia tak marah DAP tentang hudud kerana DAP s
ebenarnya
bukannya tak faham tentang Islam tapi DAP masih tak faham muslihat
politik PAS yang hanya nak guna hudud untuk pancing undi saja. Kalau
DAP tahu hudud itu cuma untuk umpan undi saja, sudah tentu DAP pun tak
marah PAS lagi, tetapi DAP ingat PAS benar-benar ingin melaksanakan
hudud, sebab itu DAP marah kerana PAS dah bersumpah untuk setia dengan
DAP bagi menjatuhkan UMNO.
Itu sebab Nik Aziz dan PAS marah kenapa Nasha mintak PAS kaji semula hubungan dengan DAP pulak sebab bagi PAS, DAP tidak buat salah apa pun kerana apa yang DAP cakap itu memang benar belaka, iaitu PAS macam UMNO jugak, mana ada kuasa mutlak macam pemerintah di Arab Saudi nak buat hudud cuma DAP saja yang masih tak faham yang hudud itu cuma muslihat PAS untuk menjatuhkan UMNO saja.

Sebab itu PAS tak heran kalau parti bukan Islam tolak hudud tapi yang
PAS mahukan biar UMNO sendiri yang tolak hudud. Kalau UMNO berani tolak
hudud maka senanglah PAS buat dakwaan bahawa pemimpin UMNO ini adalah
orang yang jahil tentang agama dan orang yang jahil tentang agama pulak
wajib ditolak. Inilah muslihat PAS yang sebenarnya iaitu mereka nak
pancing UMNO supaya tolak hudud kerana mereka tahu UMNO (mau pun PAS)
memang tak ada kuasa mutlak nak laksanakan hudud, oleh itu UMNO terpaksa
tolak hudud. Tapi oleh kerana UMNO jadi pearti pemerintah sekarang,
maka UMNO terpaksa mempertahankan tindakannya yang tidak dapat
mengadakan hudud, dan jika ini berlaku maka PAS dapat political mileages
untuk memburukan UMNO di depan pengundi Melayu.
Lagi pun PAS mana kira semua itu sebab PAS belum lagi jadi pemerintah, jadi PAS belum ada tanggungjawab seperti UMNO untuk jaga keselamatan Negara, sebab itu PAS masih bebas guna muslihat hudud ini untuk memerangkap UMNO supaya UMNO ditolak oleh orang Melayu. Besok bila PAS dah berkuasa nanti, maka PAS akan kata hudud hanya boleh dilakukan bila semua pihak bersetuju, lagi pun amalan hudud ini cuma 0.01% saja dalam Islam, jadi ia tidak menjejaskan kerajaan Pakatan yang menerima pakai konsep Negara kebajikan tampa melaksanakan hudud, Lagi pun Negara kebajikan memang ada disebut didalam Quran kata Hadi Awang pulak. Akhirnya penyokong PAS yang beria-ia benar mahukan hudud PAS itu yang ternganga kerana ketika itu baru mereka sedar yang diri mereka sudah ditipu bulat-bulat oleh PAS. Padan muka.

Nukilan: Shaikh Mohamed Noordin
Macam celaka je sape create post ni
BalasPadamTak payah nak jadi anjing sgt la dok hasut sana sini dlm politik k.
BalasPadam