Sudah terang lagi bersuluh. Jangka hayat Pas untuk memerintah Kelantan
semakin pendek. Ini bukan auta tetapi fakta. Dua kajian yang menjelaskan
fakta ini.
Dua fakta ini pula disokong oleh rasa serabut rakyat selama 22 tahun. Jalan raya, bekalan air, perumahan, tanah di ulu Kelantan, peluang ekonomi dan pengganguran – masalah yang tidak pernah selesai atau cuba diselesaikan.
Hari ini, akhbar yang katanya tidak berpihak tetapi sering meletakkan muka Nik Abdul Aziz Nik Mat di muka hadapan, Sinar Harian mendedahkan kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) bahawa peluang BN untuk mengambil alih Kelantan semakin cerah. (rujuk)
Keputusan kajian ini juga sekali gus mengesahkan hasil kajian yang dibuat oleh pusat badan bebas, Social Matrix Research (SOCMAT) yang menunjukkan populariti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin menurun. (rujuk)
Dua fakta ini pula disokong oleh rasa serabut rakyat selama 22 tahun. Jalan raya, bekalan air, perumahan, tanah di ulu Kelantan, peluang ekonomi dan pengganguran – masalah yang tidak pernah selesai atau cuba diselesaikan.
Hari ini, akhbar yang katanya tidak berpihak tetapi sering meletakkan muka Nik Abdul Aziz Nik Mat di muka hadapan, Sinar Harian mendedahkan kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) bahawa peluang BN untuk mengambil alih Kelantan semakin cerah. (rujuk)
Keputusan kajian ini juga sekali gus mengesahkan hasil kajian yang dibuat oleh pusat badan bebas, Social Matrix Research (SOCMAT) yang menunjukkan populariti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin menurun. (rujuk)
Hasil kajian SOCMAT mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama Pas dengan DAP.
Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.
Perkara ini juga disedari oleh pemimpin Pas tetapi semua itu tidak penting. Dasar perjuangan mereka juga tidak penting. Paling utama sekarang ialah menjadi calon pada pilihan raya.
Maka disebabkan itu kedengaran di mana saja di negeri ini Pas menghadapi masalah calon. Semuanya berkecamuk.
Di Kota Bharu, kaki politik di kedai kopi sering berbicara tentang siapa bakal calon Parlimen, sekejap Datuk Takiyuddin Hassan, sekejap Datuk Husam Musa dan sekejap, orang luar Datuk Zaid Ibrahim.
Di Bachok sepertimana dilaporkan oleh portal ini, berlaku pertembungan sengit untuk menggantikan tempat bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Di Tumpat lagi parah, katanya, Exco Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi yang mempunyai isteri lebih dari seorang bakal di gugurkan di Wakaf Bharu.
Di Pasir Puteh, kawasan ini amat agresif. Ingat kembali bagaimana pejabat Yang Dipertua Pas kawasan tersebut, Dr. Nik Mazian dibakar selepas beliau berjaya mempetahankan jawatannya dengan menewaskan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ahmad Husin.
Bukan itu, sahaja penyandang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan terbabit juga menghadapi masalah personaliti yang amat serius. Seorang ditangkap berkhalwat di atas kereta api dan seorang lagi dikatakan mengabaikan isteri keduanya sehingga dibawa ke peringkat Mahkamah Syariah.
Di Ketereh, ingatkah kepada seorang wanita Kemboja cantik yang menghiasi muka depan akhbar selepas bercerai dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Melor.
Malah dikatakan ada ADUN yang terpaksa membayar cukai pendapatan hampir RM1 juta. Kalau cukai sebanyak itu, apakah kita terfikir jumlah pendapatannya.
Di Pasir Mas, khabarnya mereka ketandusan calon yang sesuai untuk berhadapan dengan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali.
Pas juga terpaksa bekerja keras kerana allahyarham bekas ADUN Tendong, Dr. Mohamad Mohd. Daud tidak buat kerja sehingga berlaku krisis dengan penghulu.
Di Rantau Panjang, sepertimana yang didedahkan oleh penulis blog tersohor, Sayuti anak lelaki Omar, berlaku perbalahan yang serius di antara ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron dengan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah
Di Kuala Krai, individu yang bertanggungjawab menguruskan kambing Jamnapari, Zulkifli Yaakob sedang melobi untuk menjadi calon Parlimen. Pada masa yang sama, Pas kawasan ini juga sedang berusaha untuk mendapatkan semula kerusi Dewan Undangan Negeri Guchil yang kini disandang oleh wakil PKR.
Di Jeli dan Gua Musang, biar siapa pun yang menjadi calon termasuk seorang juru ukur bertauliah yang pernah menghadapi masalah mental dan memiliki wang berkoyan-koyan sekali pun Pas tidak akan dapat menembusinya.
Semua yang dinyatakan ini adalah perkara yang menjadi topik perbualan setiap hari. Pas diserang sindrom kuasa dan kekayaan. Mereka sudah lupa kekuasaan dan kekayaan tidak boleh berkawan baik. Jika kedua-duanya bermesra, musibah besar akan melanda.
Rakyat di mana-mana pun mengetahui masalah ini. Itu belum dicerita lagi pertembungan sesama Exco yang berpecah belah. Tok Guru Nik Aziz sudah tidak mampu lagi untuk mengawal pengejar kuasa dan harta.
Maka disebabkan itu satu perubahan besar bakal berlaku di negeri ini. Rakyat sudah muak dan jelak. Mereka sudah mahu keluar dari kepompong yang amat merimaskan ini.
Mungkin Sayuti anak lelaki Omar akan cuba bermati-matian menggunakan kemahiran memberi gelaran buruk kepada saudara sesama Islam akan menafikan hakikat ini.
Tetapi ketahuilah bangkai gajah tidak akan mampu ditutup, baunya akan tetap menyinggah ke setiap hidung manusia termasuk pada hidung belang Sayuti anak lelaki Omar dan Husam anak lelaki Musa.
Masa untuk berubah ke arah yang lebih sempurna.
Oleh SENAWI MUSA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.