Anwar Ibrahim dikatakan
berada di Paris, Perancis selepas menghadiri Ceramah Mega Konvoi Royalti
di Shah Alam. Perkara ini disebutkannya sendiri ketika berucap di
program tersebut.
Katanya, peguam-peguam
yang mengendalikan skandal Scorpene ingin mengambil kesempatan bertemu
beliau berhubung perkembangan terbaru kes tersebut dan beliau akan
mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang perihal ‘komisyen’
yang terlibat dalam urusniaga itu.
Lalu, kembanglah hidung penyokong-penyokong Anwar, bangga kerana ada Mat Salleh ingin berjumpa Anwar.
Langsung tidak terlintas
di fikiran mereka tentang apa kena mengena Anwar dengan pembelian
scorpene kalaupun benar terdapat keraguan dalam urusniaga tersebut?
Di bahagian manakah nama Anwar tertulis sebagai saksi atau alibi kepada sesiapa? Apakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembelian tersebut, atau apakah Anwar melihat sendiri ‘wang komisyen’ bertukar tangan, atau apakah Anwar berada di tempat kejadian rasuah atau mungkin, pembunuhan Altantuya?
Atau apakah Anwar sekadar
diperlukan untuk memberi pendapat mengenai kredibiliti saksi atau sikap
orang yang disyaki? Jika benar, layakkah beliau? Jika layak, atas
dasar apa pula kelayakan tersebut? Sebagai musuh? Sebagai rakan
subahat? Sebagai pasangan intim?
Tidak mungkin
peguam-peguam tersebut ingin berjumpa Anwar sekadar untuk meminta
penjelasan beliau tentang kes liwat, chinadoll atau Shamsidar yang tiada
kena mengena scorpene?
Jika benar mahkamah
Perancis sedang membicarakan kes scorpene, yang mana mereka
menafikannya, antara perkara yang perlu sebagai subjek penyiasatan
selain saksi dan alibi, adalah barang bukti iaitu dokumen-dokumen
kontrak, spesifikasi barangan, dokumen pengesahan syarikat-syarikat dan
individu yang terlibat, butiran komunikasi antara pihak yang terlibat,
butiran kewangan dan mungkin juga bukti perjalanan dan perbelanjaan yang
dibuat oleh semua pihak yang terbabit.
Selain dari semua ini,
tidak ada peguam atau penyiasat yang akan mengambilkira individu atau
perkara atau benda atau kejadian yang tidak bersangkut-paut dengan
saksi, alibi atau bukti, sepertimana yang tersenarai dalam proses
penyiasatan.
Justeru, di manakah
signifikannya kewujudan individu bernama Anwar Ibrahim yang kebetulan
menjadi Ketua Pembangkang Malaysia, dengan pembelian kapal selam oleh
kerajaan Malaysia dari sebuah syarikat Perancis?
Hanya satu saja
kemungkinan penglibatan Anwar Ibrahim dalam apa yang disebutnya sebagai
‘skandal scorpene’ ini, iaitu beliau adalah dalang yang mereka-reka
kisah rasuah dan komisyen dalam urusniaga ini. Maka, pertemuan beliau
dengan peguam Perancis adalah untuk menyampaikan skrip baru atau arahan
baru bagi menyerang kerajaan Malaysia menjelang pilihanraya.
Jangan sekali-kali lupa
bagaimana sebelum ini, Datuk Zulkifli Nordin, bekas peguam Anwar yang
juga menjadi peguam kepada Chief Inspektor Azilah yang dituduh membunuh
Altantuya telah mendedahkan bagaimana Anwar mengarahkan beliau agar
menukar strategi pembelaan Azilah dengan ‘mencipta dan memalsukan bukti
untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan tersebut’. Bertitik
tolak dari itu, maka Zulkifli telah menarik diri dan akhirnya
meninggalkan Anwar lalu mendedahkan perkara ini.
Jika Anwar pernah
mengarahkan Datuk Zulkifli berbuat demikian, apakah yang menghalang
beliau berbuat yang sama terhadap peguam-peguam Perancis yang
ditemuinya?
Jika Anwar sanggup
merancang agar orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang
membawa hukuman mati, maka apakah yang menghalang beliau untuk merancang
atau melaksanakan pembunuhan itu sendiri?
Persoalan ini membawa
kita kembali menyorot dua ‘kemalangan langgar-lari’ berasingan
melibatkan kematian isteri seorang Dato’ yang menjadi orang pertama
membawa kes liwat 1 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Perdana
Menteri ketika itu, dan juga kematian isteri kepada mangsa dalam kes
tersebut, Azizan.
Mengambilkira semua fakta
ini, maka pertemuan antara peguam-peguam Perancis yang kononnya
mengendalikan kes scorpene, dengan Anwar Ibrahim yang ‘tiada kena
mengena’ dengan pembelian tersebut, membawa kita kepada dua kesimpulan
iaitu 1. ‘semakin banyak persoalan’ atau mungkin juga sebenarnya adalah
2. ‘sebuah jawapan’.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.