ANAK tidak sah atau ANAK haram. Itulah status terkini sebuah pertubuhan tidak pernah berdaftar yang selama ini mendakwa diri mereka sebagai badan NGO yang kononya diwujudkan untuk membela nasib rakyat terutama sekali kalangan peneroka Felda.
Apa yang menjadi tanda tanya sekarang, kenapa baru hari ini ROS mengistiharkan ANAK adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar, pada hal ia sudah sekian lama wujud dan semakin galak menimbulkan kekeliruan dan memanipulasi pemikiran masyarakat agar bersetuju dan menyokong segala kegiatanya.
Apa yang menjadi tanda tanya sekarang, kenapa baru hari ini ROS mengistiharkan ANAK adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar, pada hal ia sudah sekian lama wujud dan semakin galak menimbulkan kekeliruan dan memanipulasi pemikiran masyarakat agar bersetuju dan menyokong segala kegiatanya.
Sepatutnya pihak ROS perlu memainkan perananya dengan lebih proaktif tanpa perlu menunggu ada aduan dibuat baru hendak bertindak. Penulis tidak percaya, fungsi ROS ditubuhkan hanya setakat menjadi tempat untuk mendaftarkan persatuan atau NGO. Pasti ada peranan lain yang boleh dimainkan ROS dalam usaha untuk mengawal kembangbiak pertubuhan haram yang tidak berdaftar seperti ANAK ini.
Kini status ANAK telah diketahui haram. Sudah tentu sebarang aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pertubuhan haram ini semuanya tidak sah di sisi undang-undang. Diharap selepas ini kepada peneroka Felda yang ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Felda, boleh mencari pertubuhan atau persatuan lain yang berdaftar agar aduan yang dibuat itu nanti boleh diterima pakai atau dalam istilah inggerisnya 'valid' jika ada sebarang tindakkan yang ingin diambil kelak.
Sekarang semunya sudah jelas mengapa keluhan yang disuarakan oleh ANAK selama ini tidak dipeduli. Sekiranya benar niat ANAK ini ingin mebela nasib peneroka, sudah tentu awal-awal lagi pertubuhan haram ini sudah berdaftar dengan ROS melainkan ANAK mempunyai agenda tersebunyi, berselindung di sebalik nama NGO bertujuan untuk memecahbelah masyarakat jika dilihat dari gerak-gerinya hari ini.
Agaknya, jika isu SUARAM dan dana Yahudi yang diterimanya ini tidak timbul, sampai sekarang ROS, rakyat Malaysia dan peneroka Felda tidak tahu bahawa status ANAK yang dikepalai Mazlan Aliman ini adalah haram. Patut pun selama ini perangai pemimpin Pakatan Pemabangkang yang mewakili ANAK ini macam haramjadah, ANAK HARAM rupanya.
SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) mengesahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang aktif sejak 2007, sebagai sebuah pertubuhan "tidak sah" kerana tidak pernah didaftarkan dengan agensi itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, rekod pihaknya menunjukkan Anak tidak pernah berada dalam senarai pertubuhan yang sah di Malaysia.
Status itu timbul ketika isu kedudukan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi topik pertikaian.
"Mengikut semakan dalam sistem kami mendapati, tiada rekod pendaftaran bagi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), jadi pertubuhan ini memang merupakan pertubuhan tidak sah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.