Ketua pengiring yang bertugas menjaga pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohammad Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4 memohon maaf berikutan kegagalannya mengawal orang ramai daripada menghampiri bekas timbalan presiden PAS itu.
Aris Awang berkata, beliau memohon maaf kepada Mohammad, ahli keluarga serta kenalan Islamnya berikutan gambar pemimpin tersebut yang dihampiri serta disentuh wanita semasa perhimpunan itu menjadi viral.
"Berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.
"Kejadian di luar kawalan dan kelalaian saya telah menyebabkan berlakunya insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam," kata Arif di dalam Facebooknya.Selain itu, Aris berkata, beliau selaku ketua pengiring dan pasukan keselamatan GHB yang diberi nama ARIF akan berusaha memastikan insiden seperti itu diatasi pada masa akan datang.
Antara gambar yang menjadi viral ialah gambar seorang wanita pertengahan umur memegang tangan Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu serta seorang gadis remaja yang menyandarkan kepalanya di bahunya untuk bergambar.
Menjelaskan kejadian itu, Aris berkata, ia berlaku ketika Mohammad bergerak dari sebuah pentas ke pentas lain di tengah kesesakan puluhan ribu peserta.
Malah, jelas Aris, beliau sendiri yang memberi arahan kepada pihak keselamatan supaya kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesra rakyat.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangka serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.
"Sekali lagi saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat se-Islam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap pengerusi Gerakan Harapan Baru," katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.