Setelah pelbagai cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak mendatangkan kesan, mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, hanya turun ke jalanraya dan undi tidak percaya di Dewan Rakyat sahaja jalan terakhir untuk menumbangkan Datuk Sri Najib Tun Razak.
Bapa kepada menteri besar Kedah itu berkata, beliau terpaksa turun ke jalanraya bersama penyokong parti Pembangkang kerana kaedah untuk menukar Perdana Menteri mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah 'ditutup' oleh Najib.
Dalam sidang medianya itu juga, Mahathir turut medakwa Perdana Menteri menyekat usaha pasukan petugas khas yang dibentuk untuk menyiasat wang sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Mahathir turut mempertikaikan tindakan Najib dan beberapa pemimpin lain yang mendakwa dana sebanyak RM2.6 bilion itu adalah derma.
Pada masa sama, beliau turut merayu kepada wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.
Menurut Dr Mahathir, selagi Najib tidak disingkirkan keadaan ekonomi negara akan terus merosot. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan keadaan ekonomi akan kembali pulih, BN akan kekal memerintah dan mendapat undi mejoriti setelah Najib disingkirkan.

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.