Beberapa Kawasan Di Tangkak, Segamat Mula Dilanda Banjir

segamat-tangkak

BERNAMA: Dua pusat pemindahan banjir dibuka, masing-masing satu di Segamat dan Tangkak, apabila 74 mangsa daripada 21 keluarga dipindahkan apabila kampung mereka dilanda banjir.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata proses pemindahan mangsa banjir bermula lewat petang sehingga malam Jumaat.

Katanya daripada jumlah itu, 52 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Orang Asli Segamat Kechil.

"Di Tangkak pula, pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Sialang yang menempatkan seramai 22 mangsa daripada lima keluarga," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.