DAP Terus Membisu Mengenai Isu RM1.2 Bilion

Reezal Merican Dap

DAP terus diasak supaya memberi penjelasan berhubung dakwaan parti itu ditawarkan RM1.2 bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mencabar DAP supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat dakwaan tersebut sekiranya ia tidak benar kerana tuduhan itu adalah berat.

Jelas wakil rakyat Kepala Batas lagi, sekiranya DAP terus berdiam diri tidak menafikan perkara tersebut mengikut saluran undang-undang, ia akan menyebabkan rakyat beranggapan bahawa dakwaan itu adalah benar.

Pada awal Januari lalu,  sebuah portal berita melaporkan pemimpin DAP yang juga Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata beliau akan mengemukakan saman terhadap 'seorang pemimpin kanan politik' yang mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya memenangi PRU13.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.