Sukan: Johor DT Berdepan Laluan Getir Selasa Ini

johor-jdt-pantang-undur

Red Warriors bawa bekalan selesa, Harimau Selatan belum boleh dabik dada pada aksi timbal balik, Selasa ini

Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) merakam kemenangan penting pada aksi pertama separuh akhir Piala FA malam tadi sebagai bekalan menjelang perlawanan timbal balik Selasa ini.

Juara bertahan Kelantan bangkit dengan empat gol pada 10 minit terakhir untuk menewaskan Terengganu 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, selepas penyerang skuad Penyu, Ashaari Samsudin mencemaskan tuan rumah apabila menjaringkan gol pendahuluan seawal minit kedua.
 
Ketika anak buah E Elavarasan tampak seperti mampu bertahan dengan kelebihan itu atau sekurang-kurangnya pulang dengan keputusan seri, penyerang berbisa The Red Warriors (TRW), Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan pada minit ke-79 sebelum tiga gol menyusul dalam tempoh lima minit terakhir.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, tuan rumah sekadar menang tipis 1-0 ke atas Pahang untuk memastikan misi sulung Piala FA tahun ini untuk skuad Harimau Selatan berakhir dengan aksi final.

Gol tunggal perlawanan muncul pada minit ke-21 menerusi Leonel Nunez yang bijak melencongkan bola hantaran Norshahrul Idlan Talaha menewaskan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan. 
 
Berita Harian
Share on Google Plus

About Jering Daily

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.