ROS Sekali Lagi Didesak Perjelas Kedudukan DAP

dap-ros

Sekali lagi, Pendaftar Pertubuhan (ROS) didesak supaya dapat memberi penjelasan segera berkenaan kedudukan DAP khususnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang sehingga kini masih belum disahkan.

Menurut Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Ramad Ishak, penjelasan tentang kududukan Jawatankuasa CEC DAP perlu memandangkan melalui surat yang dikeluarkan ROS pada September tahun lalu, ahli jawatankuasa CEC yang dilantik selepas pemilihan semula September tahun lalu tidak layak membuat sebarang keputusan bagi parti itu.

Menurut Rahmad Ishak lagi, penjelasan terperinci perlu diberikan bagi memastikan samada DAP boleh mengeluarkan surat watikah perlantikan untuk menamakan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor selepas kematian penyandangya, Karpal Singh pada 25 Mei ini.

Selain itu, pihak KMPP juga meminta penjelasan dari ROS dari segi peruntukan undang-undang, adakah DAP dibenarkan meletakkan calon mereka pada PRK ini selaras dengan surat yang dikeluarkan ROS.

Surat ROS yang bertarikh 19 April 2013 lalu telah membenarkan DAP bertanding menggunakan logo sendiri terbatal dan tidak sah selepas surat bertarikh 6 Disember tahun yang sama dihantar badan pedaftaran berkenaan kepada DAP dan Setiausaha Agung itu, bahawa jawatanya masih belum disahkan.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.