Khalid Syak JPP Terlibat Dalam Konspirasi Menjatuhkanya

khalid-timbalan-presiden-pkr

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah melahirkan rasa tidak puas hati dengan penjelasan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR berhubung insiden 'blackout' di salah sebuah pusat pengiraan undi dan juga pengiraan undi yang dilakukan di dalam sebuah bilik hotel baru-baru ini.

Khalid Ibrahim yang juga merupakan calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR turut mendesak pihak JPP yang menyelia perjalanan pemilihan parti supaya tampil memberi penjelasan sebenar kepada calon lain berhubung kejadian yang amat memalukan itu.

Dalam satu kenyataanya kepada media, Menteri Besar Selangor yang didapati gagal mengurus krisis air dengan cekap yang berlaku di negeri terkaya dalam Malaysia ini, memohan agar pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat  dapat memberi laporan yang tepat dan telus.

Selain itu, Khalid juga meminta dan berharap agar Biro Politik PKR dapat mengenakan tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menipu sepanjang hari pengudian berlangsung dan tidak berlaku pilih kasih atau cuba melindungi individu tertentu sekiranya pihak yang cuba menipu didapati bersalah setelah penyiasatan selesai dilakukan.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.