Peserta Himpunan Bantah GST Bertindak Ganas Pada Wartawan

peserta-bantah-gst-tumbuk-wartawan

Walaupun pihak polis berjaya mengawal Himpunan Bantah GST semalam daripada sebarang kekecohan yang cuba dicetuskan oleh penyokokng Pembangkang yang menyertai perhimpunan tersebut, namun terdapat beberapa insiden kecil yang tidak diingini berlaku di mana pengamal media menjadi mangsa belasahan penyokong Pembangkang yang cuba bertidak ganas.

Berdasarkan tulisan daripada beberapa buah akhbar tempatan hari ini melaporkan, dua orang jurufoto tempatan cedera diserang oleh sekumpulan penyokong Pembangkang yang menyertai demonstrasi membantah GST ketika sedang membuat liputan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka.

bantah-gst-tunjuk-isyarat-lucah

Difahamkan, insiden menyerang wartawan itu berlaku ketika perserta himpunan bantha GST  hendak bersurai, kemudian muncul sekumpulan remaja bertopeng dan berpakaian serba hitam dipercayai diupah oleh pemimpin Pembangkang untuk mencetuskan provokasi terhadap beberapa jurufoto yang sedang menjalankan tugas.

Difahamkan juga, tindakan liar penyokong Pembangkang ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pihak Polis yang dilihat kurang peduli terhadap himpunan yang diadakan kali ini.

Menurut kenyataan media Setiausaha Agung Persatuan Jurufoto Malaysia (MPPA), Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz, tindakan ganas penyokong Pembangkang itu telah menyebabkan beberapa orang wartawan dan jurugambar dari beberapa media tempatan cedera ringan akibat ditumbuk dan disepak serta ada yang dibaling dengan objek keras seperti kayu.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.