PKR Hanya Pandai Cakap Kosong Dan Bersandiwara

penipuan-pemilihan-pkr

Keadaan tunggang-langgang dalam proses pengundian bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang timbul baru-baru ini telah membuktikan bahawa barisan pemimpin parti berkenaan hanya pandai bercakap kosong dan bersandiwara sahaja.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, jika PKR sebuah parti yang telus semestinya perkara-perkara yang berbangkit dan memalukan ini tidak akan timbul semasa mereka melaksanakan proses pemilihan jawatan parti.

Menurut menantu Pak Lah itu lagi, semasa proses Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) parti berkenaan menuduh Kerajaan tidak telus termasuk mempertikaikan kualiti dakwat kekal dan juga membangkitkan isu 'blackout'

"Sekarang kita dapat lihat segala tuduhan  dan dakwaan yang dihambur kepada Kerajaan sebelum ini telah berlaku dalam pemilihan parti mereka sendiri yang dikatakan banyak masalah timbul termasuk isu 'blackout' dan penipuan undi.

Bagi Khairy Jamaluddin, segala dakwaan PKR terpalit kepada mereka sendiri, telah memberi gambaran jelas dan membuktikan seluruh pemimpin PKR hanya pandai bercakap kosong dan membuat dakwaan semasa PRU-13 untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.