Amaun dan kuantiti tidur pada waktu malam memberi kesan kepada memori seseorang dalam jangka masa panjang. Gangguan idur biasanya dikaitkan dengan pengumpulan plak amiloid yang juga petanda kepada penyakit Alzheimer, di dalam otak mereka yang mempunyai masalah memori.
Fakulti perubatan Washington University di St. Louis telah melakuikan ujian ke atas corak tidur 100 orang yang berumur antara 45 hingga 80 tahun yang bebas dari demensia. Dijalankan selama dua minggu, segala perubahan ketika tidur dicatatkan sementara sesi soal jawab dianalisis oleh kumpulan penyelidik.
Hasilnya menunjukkan bahawa 25 peratus daripada mereka mengalami pengumpulan plak amiloid, yang biasanya muncul beberapa tahun sebelum bermulanya penyakit Alzhimer. Mereka yang terbangun lima kali setiap jam lebih mudah mendapat plak amiloid berbanding orang lain.
Dengan kata lain, sesiapa yang mendapat kurang daripada 85 peratus tidurlebih mudah mendapat plak amiloid berbanding mereka yang mendapat tidur yang cukup.Perhubungan antara keduanya cukup membimbangkan.
Oleh itu pastikan anda mendapat tidur yang cukup kerana kualiti tidur banyak menentukan tahap kesihatan seseorang.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.