Tidak 'Wala' Pada Pimpinan Parti, 2 Adun Pas Selangor Mesti Dipecat

Saari Sungib Hasnul Baharuddin wala

Tindakan dua Adun Pas Selangor yang membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama berhubung isu perebutan jawatan Menteri Besar (MB) Selangor telah mengundang rekasi kurang senang banyak pihak.

Pas Terengganu melalui pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata tindakan dua Adun partinya itu sebagai tidak wajar dan telah melanggar disiplin parti.

Menurut Satiful Bahri, sebagai ahli Pas mestilah taat kepada parti dan pemimpin kerana itulah prinsip yang dipegang oleg Pas selama ini.

Ekoran dari tindakan dua Adun Pas Selangor itu, pihaknya telah sebulat suara dalam mesyuarat parti peringkat negeri akan menghantar surat meminta Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memecat dua Adun tersebut kerana ingkar dan melanggar disiplin parti.

Mengulas lanjut, Satiful Bahri berkata, tindakan memecat ahli terutama wakil rakyat bukanlah baharu dalam Pas kerana pernah berlaku terhadap bekas Adun Gombak Setia, Dr Hassan Mohd Ali dan wakil rakyat lain.

Sebelum ini, Pas memutuskan menyiasat dua Adun iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang menyatakan sokongan terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor yang baru.

Kedua-duanya dikatakan mendahului keputusan parti dan mengakui tidak merujuk pucuk pimpinan Pas dalam membuat keputusan menyokong Wan Azizah, serta sedia berhadapan sebarang tindakan disiplin termasuk dibuang parti.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.