Hudud: Wanita MCA Lancar kempen Tolak Hudud Habis-Habisan

wanita-mca-hudud

IPOH - Wanita MCA akan melancarkan kempen ‘Say No To Pas Hudud’ dengan mengumpul tandatangan sebagai menolak hasrat Pas membentangkan usul di Parlimen untuk menjalankan hukum hudud di Kelantan.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan.

“Ia selaras dengan penubuhan negara sejak kemerdekaan yang mengutamakan konsep intergrasi perkauman dan bukan asimilasi. Perpaduan harus diutamakan demi keharmonian terutama negara kita yang mempunyai bangsa yang majmuk.

“Wanita MCA bertekad untuk memelihara masyarakat negara yang bersepadu dan aman damai demi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MCA di sini, hari ini.

Beliau menggalakkan rakyat untuk menyokong kempen terbabit terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama dan kesatuan wanita.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Tapi kenapa bilamana ada agama lain yang memperkota- katikkan agama rasmi negara, wanita-wanita MCA ini lupa dengan perlembagaan. Tak menyanggah dan tak melawan geng-geng yang menyanggah Islam.Tak kiralah sama agama dengan mereka atatu tidak. Satu lagi seperti yang dikatakan oleh Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei berkata, partinya masih menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara namun, bangsa lain diberikan hak kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri mengikut peruntukan perlembagaan." kenapa yang perlu mereka gusarkan...kalu kita laksana hudud mereka diwajibkan masuk Islam ke? hehehehe

    BalasPadam
  2. Sama je Cina cina lahanat ni semua. Hapuskan hak mengundi dan bertanding untuk semua cina. Mereka cuma layak untuk penduduk tetap sahaja. Jangan campur urusan Negara Melayu, Malaysia Negara Melayu punya. Hidup Melayu Kuat Islam!

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.