Hudud: Bimbang Melayu Islam Bersatu Punca Kafir Tolak Hudud

umno-pas-bersatu

SHAH ALAM – Penganalisis politik melihat penolakan DAP dan MCA terhadap hudud di Kelantan berkemungkinan kerana bimbang Pas dan Umno bergabung seterusnya menyebabkan kedudukan Islam dan Melayu lebih kukuh di negara ini.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bagi orang bukan Islam, jika dua parti itu bersatu, pastinya kuasa pemerintahan akan dikuasai Melayu.

“Sudah tentu Pas dan Umno akan jadikan Melayu sebagai majoriti yang kuat kerana kedua-dua parti itu mempunyai sokongan kuat daripada orang Melayu Islam.

“Sebab itu DAP dan MCA tidak mahu perkara sebegitu berlaku justeru tetap berkeras untuk menolak pelaksanaan hudud sama ada di Kelantan ataupun di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, telah ada kecaman dilakukan MCA dan Gerakan kepada Umno sekiranya mereka menyokong pelaksanaan hudud.

“Jika Umno sokong, MCA akan keluar BN. Begitulah yang berlaku dalam PR sekarang di mana DAP tidak mahu sokongan Umno kepada Pas mengenai hudud kerana bimbang isu itu akan menyatukan mereka.

“Tambahan jika Melayu bergabung menjadi satu parti, pastinya orang lain tidak ada kuasa. Selain itu, mimpi pihak-pihak tertentu yang mahu merampas tampuk pemerintahan negara akan terkubur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas punca DAP, MCA dan PKR terus menolak cadangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Pendapat yang sama turut disokong penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mad Jali yang menjelaskan satu hari nanti berkemungkinan Pas dan Umno akan bersatu.

“Bukan bersatu dalam satu parti politik, tetapi bergabung dari segi ideologi agama dan isu Melayu seperti penggunaan Bahasa Melayu, agama Islam termasuk hudud dan kepentingan Raja-Raja Melayu.

“Oleh itu, jika Pas terus mendapat tentangan daripada parti komponen lain, keluar PR adalah cara terbaik. Ataupun DAP yang keluar daripada PR,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan DAP dan MCA masih tidak faham tentang hudud justeru Pas dan Umno perlu perjelaskan kepada mereka melalui agamawan yang ada dalam kedua-dua parti.

Sumber: Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.