Survival Politik Melayu, Penyatuan UMNO Dan PAS..Masih Ada Harapankah?

pas-umno-nasharudin-mat-isa

KUALA LUMPUR: Umno dan PAS harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Katanya berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS telah memulakan usaha tersebut tetapi tidak kesampaian.

"Bagi saya penyatuan PAS dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan PAS dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini Ahad.

Nasharuddin berkata perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.
"Setelah ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi PAS selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan PAS.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam PAS itu malaikat," katanya.

Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu.

"'Reconciliation' di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama," katanya.

Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

7 comments:

  1. Tak payah dok berangan nak bersatu dengan PAS! Kenapa kita org2 UMNO ni masih terhegeh2 nak bersatu dengan PAS? Tak rasa malu ke wahai org UMNO yg terhegeh2 nak satu dengan PAS? sampai dah PAS kata nak ludah muka org UMNO yg datang jumpa dia nak bersatu pun masih terhegeh? PAS CAN GO HELL! PAS BOLEH PERGI MAMPOS! PAS BOLEH BERAMBUS! UMNO tak perlu PAS kecuali org2 UMNO yg muka tak tau malu!

    BalasPadam
  2. Menangislah syaitan kalau impian ini jadi kenyataan. Perlu ada satu watak besar yang lahir daripada mana-mana kelompok yang ingin dipadukan ini atau individu-individu di luar kompok yang bersaing sesama sendiri.

    Perlu ada jiwa besar yang meletakkan kepentingan ummah jauh mengatasi kepentingan kelompok. Keadaan akan menjadi sangat sukar apabila ketua-ketua kelompok ini bimbang kehilangan status kedudukan dalam suatu menyatuan kelompok yang lebih besar.

    Ahli-ahli daripada kedua-dua kelompok secara mudahnya menaruh kepercayaan kepada pimpinan masing-masing. Mustahil untuk capai tahap 100% ahli bersetuju.

    Jika pemimpin-pemimpin Melayu/Islam ikhlas, molek rasanya dijalankan undian. Moga dengan itu pemimpin tiada alasan berdaleh lagi. Berikan maklumat-maklumat secukupnya kepada semua ahli. Biarkan maklumat-maklumat menyokong atau menentang dihebahkan.

    Kita perlu ambil iktibar atas kesengsaraan pribumi palastin di buminya sendiri. Walau palestin itu dikelilingi negara-negara sebangsa dan seagama, namun mereka sendirilah yang tentukan jatuh bangun agama dan bangsanya sendiri. Di sana ada Hamas ada PLO dan lain-lain yang berjuang secara terpisah tetapi musuh yang sama.

    Pernah lihat peta wilayah Palastin semakin mengecil dan terpecah-pecah sejak 1957?

    BalasPadam
  3. Yang aku hairan dgn puak Pas bila kita sebut perlunya bersatu demi survival Islam dan Melayu, mereka berkeras ia tidak mungkin akan berlaku. Alasanya Umno ambil Islam sebahagian tolak sebahagian (kata merekalah). Tapi dlm AlQuran banyak mana ayat yang minta kita bersatu padu, berbaik sangka, jangan berdendam....dsbnya, tak nak pulak mereka kisah dan ikuti ini yang cukup pelik bagi aku. Usaha utk bersatu, mereka letak pebagai alasan dan syarat.. masalahnya dengan DAP boleh pulak. DAP tolak hudud tak apa pasal mereka bkn Islam.Kesimpulannya, Pas menggunakan Islam hanya utk berkuasa. Aku sentisa doakan agar satu hari nanti semua umat Melayu bersatu sebagaimana yang ditunjukkan oleh orang Cina dalam PRU13 . Amin Ya Allah.

    BalasPadam
  4. Saya ahli umno islam dan melayu..tak malu untuk mohon penyatuan dngan ahli pas. Sesiapa yang sangat takut penyatuan munkin dari red bean army dan macai anwar sahaja seperti saudara esperaizi 19:13 di atas.

    BalasPadam
  5. Terima kasih pada semua..

    Berdoalah kita semua agar umat islam di negara ini bersatu padu tidak kira fahaman politik yg dianuti..

    BalasPadam
  6. Berhati hati membaca komen .... agar tidak termakan provok dan niat huru harakan melayu..olih agen Red Bean army Dap mcm Esperalzi...catch u.... keh keh keh...cukup lah Cina terpedaya jangan melayu pula.... kah kah kah...Melayu mesti cerdik dalam hal cyber propaganda dan adu dumba...mika ni non yg tak de hukum hakam dan ahli berdusta... kih kih kih ..
    Jgan layan dan share di fb atau blog...sebab ini cara mika nak luaskan fitnah mereka...he he he.

    BalasPadam
  7. Usrah tarbiyah PAS utk ahli dan pimpinannya harus menyeluruh dan bab tauhid harus menggunakan kitab pegangan Ahli Sunnah Asshariyah Maturidiyah, dan bila fahaman fahaman keliru, silap, salah dan tersasar dlm PAS dibersihkan, insyaAllah tiada masalah utk berkerjasama, bahkan mungkin penyatuan.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.